Make your own free website on Tripod.com

UNTUK MALAYSIAKINI

Komentar terkilan dengan tulisan MALAYSIAKINI yang baru di emailkan kepada Komentar. Tulisan itu mengatakan Sdr Ezam percaya Laman Komentar akan berkubur dan kami digelar sebagai "culprit" oleh MALAYSIAKINI. Media yang kononnya diterbitkan untuk mengadakan kebebasan tulisan melalui media internet sekarang tercalar dan berat sebelah.Mungkin pada MALAYSIA KINI kepimpinan Parti Keadilan Nasional lebih relevan dari membicarakan kebenaran artikel-artikel Komentar. Perlu dijelaskan Laman Komentar bermula dari 30hb September 1998 dan berhenti menyahut tuntutan demokrasi pada 14 April 1999. Laman itu diteruskan sebaik sahaja tuntutan perjuangan melalui demokrasi pilihanraya gagal. Komentar berkecimpung dan cuba memperjuangan agenda REFORMASI melalui jalan parti tetapi malangnya apa yang dilihat adalah kemunculan mereka yang lebih berpolitik dari berkerja untuk menjana kejayaan. Laman Komentar terus dihidupkan semula untuk membela nasib pejuang yang kini disisir dan dipinggirkan oleh Parti . Mereka seolah-olah dikhianati oleh pemimpin politik yang bergantung kepada pengorbanan reformis untuk menyemarakkan semangat rakyat. Mereka kini selesa dengan perjuangan yang tidak perlu mengambil apa-apa risiko. Mereka terus kononnya menuntut keadilan dan demokrasi tetapi langkah mereka sumbang kepada pejuang yang hadir dengan segala risiko dan ada yang telah dihantar berehat dalam tahanan ISA. MALAYSIAKINI TAHU perkara ini. Fathi Aris selaku wartawan sedar kemungkaran ini tetapi semua terikat pada sistem yang mengariskan wang sebagai ikatan kebebasan dalam perjuangan menuntut perubahan. Bukan hasrat Komentar untuk terus menerus berpolimik dengan Laman MALAYSIA KINI tetapi hanya mahu menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap olahan artikel yang nyata condong dan berpihak kepada sekatan kebebasan media. Apakah bukan peranan media untuk menyalurkan bahan yang benar dan berasas dan tidak terikat pada sekatan palsu yang dijana bagi mencacatkan peranan media? Apakah mereka dalam dunia kewartawanan harus dinamik dalam melihat dan menganalisa segala butiran berita untuk sebaran. Bukankah usaha perlu ditingkatkan untuk mencari bahan-bahan kebenaran dan kebenaran ini dilapurkan dengan jelas. Atau adakah wartawan kita cuba mendengar menulis dan melapur mengikut sekatan yang diletakkan keatas mereka.

Apa pun MALAYSIAKINI memanggil Komentar "culprit"

Apa pun KOMENTAR mengucapkan TERIMA KASIH

Buat Sdr Ezam RAKYAT JADI HAKIM ya...

Nasib baik burung KAKAK TUA tak pandai menulis apa yang didengarnya kalau tidak murah kos pentabiran.

KOMENTAR