Make your own free website on Tripod.com

MUNGKIN WEB MASTER MAHAZALIM TERTEKAN

Komentar 27/1/2000

Sesedarnya Komentar pagi ini Laman Utama Reformasi Mahazalim telah menarik balik artikel Komentar "CHANDRA KHIANAT". Mungkin ucapan terima kasih dan tahniah Komentar agar terlalu awal.Walaubagaimanapun Komentar faham akan sekatan-sekatan yang wujud dalam kita menuntut keadilan. Sungguhpun begitu Komentar tidak akan berganjak dari menuntut keadilan demi menjatuhkan kerajaan Mahathir dan membebaskan Sdr Anwar Ibrahim.Komentar percaya kepada hak rakyat,suara rakyat dan rakyat menjadi hakim kepada perjuangan ini.Komentar tidak percaya kepada hanya menjatuhkan kerajaan Mahathir dan menubuhkan kerajaan baru ala Mahathir.Kerajaan yang penuh korup,kronisma dan nepostisma. Parti Keadilan Nasional perlu bebas dari sikap negetif itu. Kita tidak seharusnya menyapu semua sampah sarap dibawah tikar semata-mata mahu menunjukkan kebersihan.Komentar percaya rakan perjuangan Komentar akan menuduh bahawa Komentar telah terpesong perjuangannya tetapi siasatlah,dapatkan maklumat tersendiri untuk melihat betapa adanya kebenaran tulisan Komentar tentang Parti Keadilan Nasional semakin meruncing. Komentar bernekad untuk meneruskan perjuangan menuntut keadilan secara menyeluruh dan akan terus bernekad untuk membersihkan Parti dari mereka yang langsung sesat dari perjuangan asal. Biar Komentar bersendirian tanpa didokong oleh mana-mana Web Master atau parti sendiri. Ingat Sdr Anwar Ibrahim memperjuangan agenda perubahaan ini bersaorangan pada mulanya lalu diterima oleh rakyat keseluruhan. Komentar akur kepada tuntutan reformasi Sdr Anwar Ibrahim dan hadirnya laman ini adalah kerana Anwar Ibrahim dan hapusnya laman ini juga akan terlaksanaan demi kejayaan REFORMASI Sdr Anwar Ibrahim. Komentar yakin kepada perjuangan dan laungan Sdr Anwar Ibrahim dan kepada beliau Komentar beri hormat. Walau apa pun ucapan terima kasih kepada Web Master Mahazalim turut Komentar sampaikan. Komentar sedar mereka di Mahazalim terpaksa menarik balik artikel tersebut akibat tekanan sama seperti Mahathir menekan rakyat.

Pesan KOMENTAR:

Agenda tuntutan keadilan TIDAK BOLEH DIKOMPROMI

Keadilan adalah untuk semua dan bukan interpretasi individu.

Andai semua link kepada Komentar ditarik, Komentar akan terus menulis kerana Komentar mahukan Parti Keadilan Nasional ini mantap dan ahli-ahlinya bersikap terbuka sebagaimana terbukanya mata pada logo Parti Keadilan Nasional.