LAMAN MAHAZALIM DI ATTACK GOLONGAN MAHAZALIM

 

Komentar 28hb April 1999

 

Hari ini TV3 memaparkan kenyataan En Zein (ketua gerakan menentang fitnah dalam internet yang ditubuhkan oleh Pemuda UMNO) yang sedang memegang salinan Laman Mahazalim. Mereka sudah mula untuk memantau berita yang dikatakan mereka sebagai fitnah. Hairankan kalau Sdr Anwar Ibrahim difitnah ,mereka akan menyiasat kesahihan berita itu dengan menyiasat Sdr Anwar Ibrahim. Tetapi apabila kita mengeluarkan kenyataan tentang salah laku PM dan kroninya mereka tidak siasat tetapi terus merancang untuk menangkap penulis dan web masternya.

 

Mereka juga mendakwa bahawa parti pembangkang dicabar membuktikan bahawa laman reformasi yang ada bukan tajaan mereka. Mereka mengatakan bahawa logo mereka terkandung dalam laman reformasi tersebut. Apalah bengapnya mereka ini, apa mereka ingat kita tidak boleh mengambil logo UMNO dan "paste" ke Laman kita.

 

Kami ingin tegaskan bahawa Laman Reformasi yang ada BUKAN DARI TAJAAN PARTI PEMBANGKANG TETAPI DARI KESEDARAN SENDIRI.