MAAF DARI WEB MASTER KOMENTAR

Salam Reformasi,

 

Kami di Komentar telah meletakkan "BANNER" didalam Laman ini bertujuaan sedikit sebanyak membantu rakan kami dalam menghadapi krisisnya. Bantuan kewangan tidak kami pohon dari kalangan pembaca tetapi salah satu cara adalah MEMOHON PEMBACA untuk "KLIK" keatas "BANNER" tersebut. Kami percaya rakan reformasi yang membaca tidak keberatan untuk "KLIK" keatas "BANNER" tersebut.

 

REFORMASI memang memerlukan pengorbanan dan kami benar benar berharap pengorbanan rakan reformasi dengan mengKLIK "BANNER" tersebut demi membantu sedikit sebanyak rakan Komentar dan Laman Komentar.

 

Kalau rakan perjuangan yang lain menerbitkan buku dan majalah maka kami web master menerbit Laman Web yang tidak langsung menghasilkan pendapat dari penerbitan itu. Kami ikhlas dalam perjuangan tetapi tidak salah kiranya kami memohon sedikit pengorbanan masa dengan "mengKLIK" "BANNER" tersebut. Pengorbanan rakan pembaca amat kami hargai. Harapan kami rakan kami serta laman komentar dapat sedikit sebanyak membantu dalam perkembangan dan pencapaian matlamat REFORMASI.

 

Maaf sekiranya permohonan ini menggangu atau mencemar keikhlasan operasi laman ini.

 

WEB MASTER KOMENTAR

24hb April 1999