Make your own free website on Tripod.com

LOKMAN NOOR ADAM

Komentar 3/3/2000

 

Minta maaf sekiranya artikel ini tidak disenangi oleh saudara reformis Lokman Noor Adam. Adapun artikel ini dikeluarkan kerana amat terkejut Komentar melihat perubahan perjuangan sdr dari seorang yang amat agresif dalam menuntut keadilan dan perubahan (reformasi) tajaan Sdr Anwar Ibrahim kepada seorang yang membenarkan dan hanya mendengar kutukkan secara terbuka oleh Chandra semasa program pemuda. Sepanjang yang Komentar tahu sdr tidak akan membiarkan perkara-perkara negetif menghalang tuntutan reformasi. Sesungguhnya sdr gagal nampaknya untuk membela Sdr Anwar Ibrahim bila berdepan dengan Chandra. Kekuatan Chandra melebihi semangat reformis yang berani dan bersemangat bernama Lokman Noor Adam. Sdr Lokman Noor Adam, parti telah dicemari dan jelas hala kita telah mula dikaburkan oleh Chandra dan Anuar Tahir. Perbuatan mereka telah menyimpang jauh dari memfokuskan kekuatan untuk menumbangkan kerajaan dan seterusnya membebaskan Sdr Anwar Ibrahim kepada focus untuk berpolitik. Apakah ini harus kita sebagai pemuda melihat dan hanya akur. Apakah ini yang diajar oleh Sdr Anwar Ibrahim yakni mementingkan jawatan,pengaruh dalam parti  dan kuasa dalam parti dari perjuangan Reformasi asal. Apakah ini kematangan berpolitik kita? Apakah ini janji sumpah keramat untuk menentang kezaliman di pihak kerajaan tetapi tutup mata keatas kezaliman dalam parti. Entahlah Lokman,mungkin sekarang kita semua sudah kabur dalam mengenali apakah maksud perjuangan yang dituntut. Mungkin kita turut buta dan bisu apabila ketidakadilan dilaksanakan dalam parti sendiri. Mungkin ini bentuk perjuangan yang boleh menuntut keadilan dan pembebasan Sdr Anwar.

 

Tetapi apa yang jelas perlakuan Chandra, Anuar Tahir dan kita, yang nampak ketidakadilan baik luar parti mahupun dalam parti akan menyebabkan pintu sel penjara Sdr Anwar tertutup lebih erat.

 

Reformis kah kita?

 

Komentar