Make your own free website on Tripod.com

LENAKAH TIDUR MEREKA

Komentar 15/2/2000

Lenakah tidur mereka ? Keadilan belum tercapai tetapi Serawak telah dibanjiri dengan kegiatan yang memecahkan agenda asal kita yakni menuntut keadilan dan mengukur kejayaan dengan pembebasan Sdr Anwar Ibrahim. Apa yang jelas bagi reformis Yusuff Rahman tidurnya tidak akan lena selagi menumpaskan kezaliman dan menuntut keadilan tercapai. Apa hal pula dengan Dato Wan Yusuf dan Dato Hapsah. Mereka mungkin tidak lena tidur kerana sibuk merangka pencaturan politik demi menjatuhkan Sdr Yussuff Rahman. Tuduhan-tuduhan mereka atas Yusuff Rahman masih diteruskan dan ini disambut dengan hina oleh Sdr Anuar Tahir yang turut ada dimana-mana untuk mencaturkan agendanya. Dalam kita berjuang untuk menjatuhkan kemungkaran kepimpinan pemerintah di Serawak mereka Dato Wan Yusuf dan Dato Hapsah sibuk menikam-nikam belakang perjuangan itu. Senario inilah yang berlaku di Serawak. Senario inilah seolah-olah bagai mainan UMNO dan mereka yang ada dalam keadilan yang beragendakan pencaturan tersendiri memberi laluan kepada permainan ini.

Komentar percaya Sdr Yusuf Rahman akan terus menentang kepimpinan dan pemerintah yang ada sekarang ini di Serwak demi keadilan ,demi rakyat dan demi agama.

Yusuff Rahman- insyalllah kemenangan akan menjadi kenyataan jika kita berpegang kepada kebenaran.

Komentar