Make your own free website on Tripod.com

SUMPAH KERAMAT PEMUDA ATAU SUMPAH BERMATLAMAT PEMUDA

KOMENTAR 1/3/2000

Sumpah Keramat Pemuda TIDAK HARUS dilanggari. Sumpah Keramat Pemuda adalah sumpah perjuangan demi menegakkan keadilan dan menghapus kezaliman. Apakah sumpah ini kini menjadi sumpah bermatlamat pemuda. Apakah sumpah pendekar kini menjadi sumpah politik yang berlainan matlamat dan halatuju. Pemuda keADILan hari ini dicabar untuk mempertahankan maruah Sdr Anwar Ibrahim yang tercalar akibat perbuatan Chandra Muzaffar. Program Bina Wadah anjuran Pemuda keADILan kini tercemar dengan kritikan berasaskan kutukan Chandra Muzaffar keatas Sdr Anwar Ibrahim. Pemuda seolah terkejut mendengar kutukan Chandra YANG TERBARU keatas Sdr Anwar Ibrahim tetapi gagal menunjukkan sikap kepahlawanan kerana hanya MEMBATU mendengar tanpa mengambil sebarang tindakan. Bukan sekali malah berkali-kali Chandra melanggar arahan Sdr Anwar Ibrahim. Chandra BIADAP dan kebiadapan ini perlu di benteras. Agenda Chandra kini diragui dan PEMUDA harus bertindak menolak Chandra.

PEMUDA KEADILAN NASIONAL DICABAR OLEH KOMENTAR UNTUK BERTINDAK KEATAS PERBUATAN DAN PERTUTURAN CHANDRA YANG BIADAP KEATAS SDR ANWAR IBRAHIM.

KOMENTAR MENCABAR