Komentar

18hb Feb 1999

 

Komentar telah meninjau ceramah PAS di Taman Desa Raya yang mana Dr Hassan Ali selaku ahli PAS yang baru berusia 50 hari membidas Pertubuhan UMNO khasnya dan Barisan Nasional amnya. Sdr Hassan Ali selaku ahli baru telah memegang mandat dan wadah PAS dalam menubuhkan satu aliran pemerintahan baru berlandaskan Islam. Kehadiran beliau serta ceramah beliau telah menarik hampir 20,000 hadirin dan beliau telah menerangkan bahwa satu petanda positif bahawa PAS akan memerintah negara ini bermula dengan tahun ini.Beliau antara lain telah menerangkan bahawa tahun 1999 adalah tahun PAS . Tahun 1999 PAS akan menyapu bersih pemerintahan Malaysia. Katanya "Allah telah menunjukkan kita, bahawa "there is a light at the end of the tunnel ". Sdr Hassan Ali telah menggesa supaya perjuang reformasi turut serta dalam PAS bagi menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional. Insyallah diharapkan cita cita murni PAS dalam mengadakan satu kerajaan pemerintah berlandaskan ISLAM akan tercapai.

 

Tahun 1999 tahun PAS kata beliau. Tahun 1998 dan tahun 1999 adalah tahun reformasi yang dilaungkan oleh Sdr Anwar Ibrahim.Tahun 1998 tahun Sdr Anwar Ibrahim menentang Dr Mahathir dan kroni kroninya dan tahun itulah rakyat disedarkan bahawa KUASA HARUS DIPULANGKAN KEPADA RAKYAT. RAKYAT PENENTU DAN BUKAN DR MAHATHIR.

 

Sdr,

 

Watikah perjuangan REFORMASI dilaungkan dan dijeritkan oleh Sdr Anwar Ibrahim dapat dirasai oleh kita. Tangisan dan sesalan kita melihat KEADILAN dinodai dan dicabuli telah menjemput kita untuk berjuang menuntut keadilan. Kesan pedih dan luka pencabulan itu di lemparkan keatas bahu Sdr Anwar Ibrahim dan keluarganya. Takala kita sibuk menyediakan jentera jentera penentang terhadap Mahathir , Anwar Ibrahim dan keluarganya masih disiksa dengan tohmahan dan tuduhan palsu. Sewaktu perbicaraan beliau tetap dihimpit kekecewaan kerana keadilan yang diharapkan dimahkamah tidak diperolehi. Apa sudahnya perjuangan beliau dalam membebaskan diri dari dibelugu fitnah dan tohmahan yang amat memalukan.

Anwar Ibrahim dalam beberapa perutusan beliau jelas membidas Dr Mahathir dan rakan kroni yang terdiri dari mereka yang takut akan bayangan mereka sendiri. Sdr Anwar Ibrahim menuntut keadilan buat rakyat dan buat dirinya sendiri. Kita diseru dan disedarkan bahawa kezaliman yang diperlakukan keatas dirinya adalah kerana keengganan Sdr Anwar Ibrahim mengikuti kejahatan dan pemalsuaan yang dilaksanakan oleh Mahathir dan kuncu kroninya.

SEKARANG KITA DIGESA BERJUANG MENUNTUT KEADILAN BUAT RAKYAT TERMASUK DIRINYA.

Pendokong Reformasi yang telah hadir membanjiri segenap lapisan masyarakat telah menerima wadah perjuangan Sdr Anwar Ibrahim. Maka sini lah lahirlah satu cita dan satu matlamat. Maka sini lahirlah satu konsep dan satu tekad. Disini lahirlah REFORMASI.

 

Sdr,

Dalam usaha kita memperjuangkan keadilan jangan lah kita turut sama berfikiran dan berkelakuan seperti mereka. Usahlah kita turut serta mencaci keseluruhan organisasi sedangkan kejahatan dan kezaliman bukan perlaksanaan majoriti. Usah pula kita dalam memperjuangkan keadilan berlumba lumba menaruh hasrat berlainan dan mendendangkan lagu nepotisma.

Sdr,

Jangan putuskan semangat juang tiupan Sdr Anwar Ibrahim. Jangan hilangkan pengorbanan beliau dengan wadah dan cita cita tersendiri. Biar masa berlalu tidak hari ini esok, tidak minggu ini minggu depan , tidak bulan ini ,bulan depan dan tidak tahun ini tahun depan NAMUN LAWAN TETAP KITA LAWAN.

Sdr,

Saya sedar dalam kemelut politik dan dalam mengendalikan laman ini ada pihak yang telah membidas saya dengan mengatakan bahawa saya khususnya bukan antara mereka yang telah melihat sinar PAS"seperti mana yang dilaungkan oleh Dr Hassan Ali" Saya akui dan saya terima perkara tersebut. Walau pun sebelum ini saya lantang membidas perkara perkara yang saya rasa tidak sehaluan dengan prinsip dan hakikat perjuangan saya namum saya tidak mahu memusnahkan perpaduan Islam. Saya berpegang kepada tuntutan keadilan dan tuntutan ini adalah tuntutan penyatuan yang pasti akan wujud. Demi keadilan maka saya turut mendokong kebebasan hak bersuara dan melahirkan pendapat dan keadilan ini adalah keadilan sejagat dan menyeluruh.

Dalam menyahut laungan serta memperjuangkan keadilan ini maka pengorbanan perlu dibuat. Pengorbanan yang sekecil mana pun harus dihormati kerana ia adalah satu usaha yang bakal membawa kejayaan. Dalam itu kita menutut Sdr anwar Ibrahim dibebaskan dan sekiranya tidak maka suatu yang pasti:

 

Suatu yang pasti LAUNGAN SDR ANWAR IBRAHIM PASTI SAYA DUKUNG.

 

LAWAN TETAP LAWAN

 

Komentar

Editor 1