KEMAS JANGAN TAK KEMAS

Komentar 31/1/2000

Sampah sarap keADILan kini penuh dibawah tikarnya. Penutupan demi penutup dilaksanakan. Patutkah hanya kita sorokkan sampah-sampah itu. Biar membukit dibawah lipatan karpet di Phileo Damansara. Mereka yang membuat sampah ramai. Chandar dalang yang melebihi kuasa Presiden dan enggar kepada Bapa Reformasi kita "Sdr Anwar Ibrahim",Annuar Tahir yang sibok mengaturkan orang-orang nya dan konfius antara fitnah,tohmahan dan fakta, tetapi asal benda itu mengikuti agendanya tidak mengapa, Zainur Zakaria dengan pedangnya memancung hampir kesemua reformis dan kini bergelar "Bapa Keruntuhan Kuala Lumpur" tanah lahirnya reformasi dan Marina Yussuff yang budaya politik kotornya sudah mula terselongkar. Parti Keadilan Nasional pasti akan menjadi mangsanya sekiranya ini tidak diperbetulkan. Komentar terus berusaha menyelongkar dibawah karpet tersebut dan akan mendedahkan kekotoran tersebut. Komentar mengesa pembaca Laman ini akan memulakan pengauditan tersendiri akan kesahihan perkara ini. Pergi buka balik senarai mereka-mereka yang memulakan dan mengerakkan reformasi jalanan setelah Sdr Anwar Ibrahim ditangkap. Periksa mereka-mereka yang telah menjadi korban Chandra,Marina,Annuar Tahir dan Zainur Zakaria. Periksa dan cuba dapat maklumat yang tidak berat sebelah. Wlaupun sukar tetapi dan cuba disorokkan oleh mereka lambat-laun akan terselongkar juga. Setakat ini nasib mereka agak baik kerana Sdr Ezam mempunyai "vaccum cleaner" dalam usaha menutup debu dan sampah sarap tersebut. Apa yang malang ialah hanya menutup tidak akan menghasilkan keadilan yang sebenarnya. Pembersihan total itu perlu. Kali lah sendiri.Dengar nasihat mereka yang telah bersusah payah membangkitkan semangat rakyat yang kini disepak diterajang sebagaimana Sdr Anwar dibuat oleh kerajaan Malaysia.

KOMENTAR