Make your own free website on Tripod.com

RUPANYA BANYAK YANG SEDAR KEPINCANGAN BEBERAPA KEPIMPINAN keADILan TETAPI ENGGAN BERSUARA. KINI BAHAGIAN BANDAR TUN ABDUL RAZAK TERSEPIT

Komentar 27/1/2000 (TERIMA KASIH PRIORITY ONE)

Sedar tidak sedar kita mula melihat pelbagai kepincangan,ketidakadilan yang terserap dalam Parti Keadilan Nasional tersendiri. Mesyuarat MPT yang dijangka diadakan pada hari ini pasti menjanjikan pelbagai keputusan yang tetap akan menunjukkan bahawa beberapa kepimpinan kita mula terpesong dalam usaha mengekalkan jawatan dan terus menerus menunggu,manalah tahu jika keADILan berjaya kelak maka mereka sudah pasti menjadi Perdana Menteri.Komentar tertanya pula,habis Sdr Anwar Ibrahim apahalnya pula? Mungkin Chandra Muzzaffar boleh menjawab persoalan itu. Mungkin jawapannya ada kena mengena dengan agenda perjuangannya sendiri. Jesteru itu mereka berkompromi sesama sendiri demi kepentingan tersendiri. Zainur Zakaria dengan megah sebagai pejuang Anwar Ibrahim meruntuhkan beberapa Bahagian untuk dimuatkan dengan Chandra Muzzafar dan Marina Yussoff. Jesteru itu laungan keadilannya basi dan jelek. Chandra you ambil Bandar Tun Razak, Zainuddin kita bagi "ultimatum". Lalu Zainuddin yang bangkit menyahut seruan reformasi dan membangunkan Bandar Tun Razak terus melepaskan jawatannya.Senario ini adalah rekaan semata-mata tetapi yang pasti mereka yang tidak bersetuju dengan cara Zainur Zakaria terhapus dalam Wilayah Persekutuan. Sdr Zainuddin dilapurkan meletak jawatan atas alasan mahu menyambung pelajaranya. Alhamdulilah kalau beliau benar-benar berkompromi dengan Candra Muzaffar. Walaubagaimanapun menurut makluman yang diterima Sdr Zainuddin selaku Ketua Bahagian BTR tidak pernah merestui kehadiran Chandra dan dimaklumkan kepada kami memang dari awal lagi Chandra sudah mula nampak mahu melanggari Bandar Tun Abdul Razak. Akan tetapi kepastian ini akan disiasat oleh Komentar kerana informasi perlu tepat. Itu kehendak rakyat. Sekiranya Chandra berkompromi dengan Bandar Tun Abdul Razak lain pula halnya dengan Marina Yussuf. Ahli politik veteran yang mempunyai cita-cita menjawat jawatan Chandra. Beliau terus melanggar Wangsa Maju dengan cara yang paling hina sekali. Beliau telah menuduh Ketua Bahagian Wangsa Maju mengelapkan wang sebanyak 50,000 dan menjaja "voucher" penerima tersebut diseluruh Wangsa Maju. Pendokong beliau dalam usaha menjatuhkan Ketua Bahagian dan AJK Bahagian telah mula mengeluarkan fitnah yang Sdr Nasir Hussien telah menerima peruntukkan UMNO.( AJK BAHAGIAN DAN PEMUDA BAHAGIAN WANGSA MAJU SANGGUP MEMBERI KETERANGAN BERSUMPAH) Satu permainan yang keji dan jijik. Menurut sumber-sumber dari AJK PEMUDA Wangsa Maju perbuatan Marina Yusuff yang hina dan jelek ini membantutkan beberapa usaha berterusan Bahagian Wangsa Maju untuk terus berjuang melalui parti.

Sekali sekala perlu juga diperingatkan kepada Naib Presiden dan ahli ahli MPT lain supaya kenal akan maksud keadilan sebenar dan jangan mendefinisikan keadilan mengikut agenda sendiri. Mereka perlu dimaklumkan bahawa kehadiran pejuangan reformasi ini bukan hanya pada masa 10 hari berkempen semasa pilihanraya. Antara mereka telah banyak berkorban selama mulanya reformasi ini. Mereka bukan golongan kaya raya dan Ketua Bahagian telah memulakan kempennya dibahagian masing-masing dari hari pertama tertubuhnya keADILan dan dari hari pertama Sdr Anwar Ibrahim difitnah. Ini perlu diambilkira dan jangan hanya mementingkan politik masing-masing.

Harus siapa dalang dalam kehancuran Wilayah Persekutuan. Zainur Zakaria turut dimaklumkan adalah mereka yang kuat mempertahankan agar Bahagian Wangsa Maju dibubar dan terus di adakan pemilihan. Segambut diolah untuk diadakan pak turut sebagai Ketua Bahagian. Mustaffa Mansur dihancurkan dengan keputusan Zainur Zakaria yang lemah dan TIDAK BERWIBAWA.

Walauapapun REFORMIS CEKAL DAN TABAH. REFORMIS BERJUANGAN DEMI KEADILAN. REFORMIS AKAN MENUNTUT KEADILAN DALAM MALAYSIA DAN TIDAK TERAGAK-AGAK MENOLAK KEPIMPINAN ZALIM DAN TIDAK BERTIMBANG RASA.