MAHATHIR TERKEJUT PERBICARAAN SDR ANWAR MENGAMBIL MASA YANG PANJANG

STAR 16hb Mac 1999 melapurkan bahawa Perdana Menteri Malaysia terkejut melihat perbicaraan Sdr Anwar Ibrahim mengambil masa yang panjang. Antara yang dapat dirumuskan adalah beliau dipetik sebagai berkata bahawa perbicaraan ini melambangkan bahawa Kerajaan Malaysia adil dalam menjalankan sistem perundangan. Beliau membidas bahawa sekiranya membawa perkara ini kemahkamah tidak adil maka beliau tidak tahu apakah dia keadilan sebenar.

 

 

KOMEN KAMI

Perkara itu sepatutnya bukan menjadi kejutan pada Mahathir. Kejutan pada Mahathir ialah sikap polis dalam menjalankan siasatan , penderaan polis dan persoalan kenapa polis bertindak sedemikian. Walau apa pun kami percaya perkara ini tidak menjadi kejutan kepada beliau kerana ini adalah perancangan beliau.

Keadilan yang disebut oleh Mahathir jelas keadilan yang didefinisikan oleh beliau. Kenapa tidak dilaksanakan Reformasi dalam Jabatan Polis sekiranya ternyata Polis bersubahat dalam penderaan Sdr Anwar Ibrahim. Kenapa tidak dilaksanakan satu jawatan kuasa khas meneliti tuduhan konspirasi dan cara mana Peguam Negara mengugut bahawa pengurangan tuduhan keatas Datuk Nalla boleh dilaksanakan sekiranya beliau sanggup mengaku bahawa Sdr Anwar Ibrahim terlibat dalam 5 kes salah laku seks. Ugutan ini jelas dan ia bukan seperti tuduhan Ummi yang tidak berasas tetapi menjadi agenda utama perbicaraan Datuk Sri Anwar.

Mahathir tidak juga terkejut implikasi nama nama menteri yang terlibat dalam konspirasi ini. Banyak lagi perkara yang membolehkan beliau terkejut tetapi seperti lazimnya kalau sudah jadi perancang utama masakan boleh ini menjadi satu kejutan.

Mahathir turut melapurkan bahawa pilihanraya tidak semestinya dijalankan sekarang dan beliau turut mengaku bahawa Barisan Nasional tidak akan berjaya memperolehi kejayaan seperti yang diperolehi dalam tahun 1995.

 

BN AKAN TEWAS KERANA MAHATHIR DAN BELIAU PATUT DISALAHKAN ATAS KEKALAHAN TERSEBUT