Make your own free website on Tripod.com

ANUAR TAHIR DIBERI KAD KUNING

Komentar 22/2/2000

Komentar dengan ini melayangkan kad kuning keatas Sdr Anuar Tahir. Setelah beberapa amaran bertulis maka sdr masih angkuh mencaturkan politik semasa. Politik mainan saudara TIDAK MUNGKIN dapat menjana kejayaan bagi Parti Keadilan Nasional. Sdr apa perlukan Komentar menjelaskan permainan saudara dengan cara yang lebih biadap. Apa mahukan kita membongkar balik permainan Sdr sehingga ke perletakkan jawatan Ketua Wanita Keadilan yang asal. Mahukan Komentar menceritakan permainan sdr dalam hal perlantikkan Ketua Wanita Keadilan baru tersebut. Apa sdr lupa permainan kotor sdr ini. Pahang? Ingat ke tidak percaturan politik sdr semasa pemilihan wakil bertanding.Sekarang Sarawak, apa masih mahu juga sdr memainkan isu ini dan berselindung dibelakang Jawatankuasa siasatan. Sdr ke sana dulu jumpa siapa? Adakah sdr berjumpa dengan mereka-mereka yang menyokong Yussoff Rahman? Sdr masih ingatkah sdr tentang mesyuarat antara sdr dengan mereka-mereka yang mahu menumbangkan keADILan Sarawak. Masihkah sdr ingat cadangan sdr untuk mengantungkan dan menyingkirkan Yusuff Rahman. Sdr sedarkah dengan sdr sendiri mengendalikan kes Sarawak ia menunjukkan bahawa bukan sahaja sdr menunjukkan sikap ketidakadilan malah menunjukkan sikap biadap pada perjuangan. Sdr tidakkah sdr malu dengan perjuangan Sdr Anwar Ibrahim. Bukan sahaja sdr tidak langsung mengambil initiatif melawat beliau dan melapurkan kedudukan sebenar malah sdr menghantar "kuli"-"kuli" sdr untuk membohongi beliau. Apa sdr ingat Komentar tidak tahu tentang rahsia antara sdr dengan Chandra Muzzaffar dalam pengendalian pentadbiran seharian Parti Keadilan Nasional . Sdr mahukah Komentar menceritakan kenapa ramai antara MPT yang dahulunya telus perjuangan tersangkut dengan mainan Chandra? Apakah Komentar buta kepada peruntukkan dan sumbangan yang telah diterima? Tidak sdr ,Komentar tidak buta tetapi masih mahu melihat kejayaan parti dan reformasi dalam parti. Andainya jalan terakhir terpaksa dilaksanakan maka Komentar AKAN dan TIDAK TERAGAK-AGAK melakukannya demi keADILan yang lebih adil.

Preeeeeetttttttttt........KAD KUNING ANUAR TAHIR.

KOMENTAR