Salam Reformasi

Komentar 25/1/98

 

Ini merupakan artikel pertama kami semenjak cuti berhari raya. Walaupun berhari raya kami tidak lupa menjalankan aktiviti aktivi menyebarkan maklumat terkini kemasyarakat luar kota Kuala Lumpur. Kami telah menyerahkan beberapa borong penyertaan sokongan ADIL kemasyarakat Johor . Kami cuba sedaya upaya memberi penerangan mengenai kewujudan pendokong kezaliman yang dipelopori oleh Dr Mahathir Mohamed. Dalam usaha tersebut kami sempat juga menerangkan kepada beberapa ahli sanak saudara tentang perlunya kita menhentikan sikap menjadi "THE SILENT REFORMATION GROUP". Kami mengambil iktibar dari watikah Sdr Anwar Ibrahim yang menyebut "kita harus berani tampil kehadapan bagi menentukan supaya mereka pendokong konspirasi tidak lagi memerintah negara ini untuk diri dan keluarga mereka".

Dalam kami membicarakan tentang kewujudan dan keperluan REFORMASI ada antara mereka yang langsung tidak menerima salam reformasi khususnya kawasan pinggiran FELDA (Kota Tinggi-Desaru), kawasan Pontian dan kawasan kawasan sekitar Skudai dan Air Hitam. Mereka adanya tahu tentang reformasi tetapi tidak menerima secara menyeluruh lauangan Salam Reformasi . Borong ADIL yang kami serahkan walaupun beberapa salinan terus diambil oleh mereka untuk dibuat salinan. Kami juga menerima beberapa "feedback" dari kakitangan kerajaan yang takut kehilangan kerja dengan menyertai ADIL walaupun mereka sesungguh mahu turut serta dalam memperjuangkan keadilan dan menentang kezaliman. Kami cuba juga menerangkan bahawa ADIL bukan parti politik tetapi apa daya kita sekiranya kerajaan kita sekarang heboh mengugut rakyat kita. Dasar mengugut ini adalah senjata mereka. Dasar mengugut rakyat sendiri dari negara yang kononnya telah merdeka dan mengamalkan sistem demokrasi adalah cara mereka dan telah menjadi polisi mereka untuk menghalang kebenaran dan keadilan dari terus diburu dan dimimpikan oleh rakyat Malaysia. Inikah kerajaan yang kuasanya datang dari kita? Inikah kerajaan yang kita mahukan?

Kerajaan yang tidak mahu kebenaran dan keadilan dilihat dalam kes Sdr Anwar Ibrahim melambangkan kejatuhan dan kemusnahan kemerdekaan kita . Kemerdekaan kita yang diragut oleh orang kita, diragut oleh pemimpin kita dan keadilan yang dibunuh oleh anggota konspirasi.

 

APA INIKAH YANG KITA MAHU.

 

AWAS SAUDARA KU AKAN TIPU HELAH MEREKA, KITA USAHAKAN......DAN KITA BUKTIKAN BAHAWA KITA PENENTU BANGSA

 

KOMENTAR