Make your own free website on Tripod.com

MOHD ANUAR TAHIR

Bila janji dengan ahli (khususnya reformis) dicabuli inikan pula dengan raykat. Inikah dia pemimpin keADILan.

Mereka kini mencabar lagi. Kritikan Komentar diharapkan akan mejadi pembuka mata kepada keadilan baik dalam mahupun luar parti. Malangnya mereka menganggap bahawa ini hanya sesuatu yang tidak serius. Bagi KOMENTAR :

AGENDA MEMPERJUANGKAN KEADILAN ADALAH SERIUS DAN MEMPOLITIKKAN ISU INI TIDAK BOLEH DIKOMPROMI.

Agenda perjuangan dan memperjuangkan keadilan adalh serius dan kepimpinan MPT harus melaksanakan keadilan yang dapat disaksikan oleh rakyat dan ahli dan bukan memperalatkan perlembagaan untuk melihat keadilan dari sudut mereka. Komentar keji sikap Md Anuar Tahir selaku Setiausaha Agung yang memperalatkan para reformis dan setelah itu disepak dan diterajang oleh beliau. Penipuan kepada pejuang keadilan,pada ahli keADILan adalah sama dengan menipu rakyat. Kalu ini tidak disedarkan maka hinalah kepimpinan kamu dan runtuhlah parti kerana sokongan reformis tidak lagi padu.

Sdr Anuar Tahir, ini bukan permainan politik, ini bukan percaturan dalam parti , ini adalah suara REFORMIS yang disalurkan melalui Laman ini setelah kepincangan dilihat wujud atas perlakuan anda. Ingatkah anda pada fax ini? Fax ini adalah JANJI PALSU seorang pemimpin kepada Reformis.

(Isi kandung fax ini akan Komentar kelabukan supaya kepentingan isi fax ini dapat di selamatkan) .Sdr bergegas menghantar fax ini memandangkan reformis ini tidak mempunyai jalan lain hendak bertemu dan membincangkan perkara ini dengan Sdr lalu mengugut untuk membawa perkara ini ke media. Ingatkan apa janji-janji Sdr Anuar Tahir kepada reformis ini. Malangnya konsipirasi memanipulasi perundangan bukan sahaja ada pada sessi Mahkamah Perbicaraan Sdr Anwar Ibrahim tetapi ada dalam Parti Keadilan sendiri. Sesuatu yang keji dan hina dalam usaha kita cuba menegakkan keadilan. Sdr Anuar Tahir , akibat keinginan meliaht Anwar di bebaskan maka perkara ini didiamkan. Tetapi nampak gayanya bukan kami yang mahukan terus terperangkap dalam sistem zalim ini tetapi perbuatan Sdr yang mahukan Sdr Anwar terus terkecewa. Akan dituntut suatu masa nanti. Percayalah REFORMIS TETAP MELAWAN.

DIPEROLEHI DARI MEREKA YANG DIHINA OLEH SDR ANUAR TAHIR

KOMENTAR