Komentar 14/3/2000
MAHKAMAH SEKSYEN 3
JENAYAH
OKT: TANSRI RAHIM NOOR
HAKIM: YANG MULIA AKHTAR TAHIR
PENDAKWA: PEGUAM SALEHUDDIN SAIDIN
PERTUDUHAN ASAL
SEKSYEN 325 KANUN KESEKSAAN DIPINDA PADA
SEKSYEN 323 KANUN KESEKSAAN.
MAKLUMAN
Tan
Sri Rahim Noor telah mengaku bersalah atas tuduhan pindaan tersebut. Tuduhan
pindaan ini menjangka hukuman yang lebih ringan buat Tan Sri Rahim Noor. Dengan
pindaan ini Tan Sri Rahim Noor dijangka didenda sebanyak anggaran RM 500.00
Keputusan hukuman akan ditetapkan pada 15/3/2000. Pindaan ini menunjukkan
betapa kuatnya pengaruh politik dalam sistem kehakiman kita. Nampaknya
Selective Prosecution menjadi amalan Pejabat Peguam Negara yang sepatutnya
berteraskan keadilan sejagat. Sekarang kita menyaksikan bahawa pindaan ini
adalah untuk menyelamatkan tali barut Dr Mahazalim ataupun diri dia sendiri.
Malaysia sekarang ini mungkin lebih fleksible. Kita boleh teranjang dan pukul
orang dan hukuman yang amat ringan sekali. Lagi menyeronokkan adalah kita boleh
mengikat mangsa serta menutup matanya sebelum kita membelasahnya sepuas-puas
hati. Agaknya dengan keputusan mahkamah yang sebegini “moderate” maka kita
digalakkan untuk menerajang Dr Mahathir sekiranya kita benci kepada beliau.
Jangan risau hukumannya hanya denda RM 500.00 sahaja. Kesalahan buang sampah
adalah lebih berat atau sama berat dengan kesalahan jenayah Rahim Noor.
HIDUP GANGSTERISM SATU PERUBAHAN DARI NEGARA KEPOLISIAN
KEPADA KE GANSTERISMA