ANUAR TAHIR TURUN KEMAHKAMAH

Komentar 28/2/2000

Petang tadi Kuala Lumpur dilanda hujan lebat. Kilat sambar menyambar. Mungkinkah rahmat ini turun untuk mencuci kekotoran Kuala Lumpur. Sudah semestinya Allah jua lah yang maha mengetahui. Dalam melawak seorang teman Komentar yang hadir pada sessi mahkamah untuk menyaksikan perbicaraan Sdr Anwar Ibrahim terus mengatakan "alamak Anuar Tahir turun da...sure hujan petang ni.....( macam menjadi pula teguran kawan Komentar tersebut). Terkejut juga Komentar pagi tadi kerana melihat Anuar Tahir hadir di sessi perbicaraan Anwar Ibrahim. Kemudiannya kebetulan Komentar pergi untuk minum di tempat sama Anuar Tahir minum yakni di sabuah kedai di Jalan Masjid India. Apa yang paling terkejut Komentar lihat ialah kehadiran seorang reformis dalam kedai tersebut yakni Sdr Nasir Hussein. Nampaknya semangat reformis ini tidak pudar biarpun telah dipancung oleh Anuar Tahir dan Zainur Zakaria. Komentar terus memerhatikan reformis ini menuju kedalam kedai. Sambil beliau menuju ke kedai itu Komentar melihat Anuar Tahir sibok melambai beliau seolah-olah mengajak minum bersama. Yang kelakar ialah Reformis ini terus beredar meninggalkan Anuar Tahir tak ubah seperti orang yang tidak boleh didampingi. Komentar tertawa sambil memberi komen pada kawan Komentar " padan muka dia, dia menghancurkan reformis tersebut , kemudian dengan muka tak malu cuba nak cover balik". Walaupun Komentar tahu kehadiran Anuar Tahir menunjukkan satu yang positif, tetapi jelas kekalutan yang dibuatnya masih tidak terbela. Beliau masih mahu menjatuhkan beberapa bahagian dan perhubungan negeri. Kekotoran yang dilakukkan tidak mudah dibersihi dan kekotoran ini telah nampak jelas. Ini diakui oleh beberapa MPT sendiri. Entahlah kalau kehadiran Anuar Tahir sebenarnya kerana menyahut cabaran Komentar pada artikel lepas (yang mengatakan Anuar Tahir tidak mahu hadir pada perbicaraan Anuar Tahir) maka Komentar berharap Anuar Tahir ikut pesanan Komentar lagi yakni......tolong turun dari jawatan yang ada.

Komentar