PAUL AUGUSTINE RASA TERHINA DALAM MAHKAMAH SENDIRI

Paul Augustine mula rasa terhina dalam mahkamah yang dikendalikan oleh beliau sendiri. Paul sekarang sedang menimbang samada mahu diambil tindakan menghina mahkamah keatas peguam Sdr Anwar Ibrahim Inilah contoh keadilan. Semua peguam Sdr Anwar berkemungkinan berdepan dengan ugutan penghinaan mahkamah oleh Paul Augustine. Pada hakikatnya Paul rasa terhina atas perbuatannya sendiri yang seolah olah menunjukkan bahawa beliau adalah anggota kumpulan konspirasi Dr Mahathir. Permohonan Sdr Anwar Ibrahim bagi mengeluarkan beliau dari mengadili terus prosiding ini menunjukkan bahawa beliau tidak kelihatan bersih dan tidak dijangka untuk memberi pertimbangan yang seadil mungkin. Semenjak perjalanan kes ini kita jelas lihat bahawa Paul tidak bertujuaan untuk mencari keadilan sepenuhnya tetapi lebih kepada menghalang proses tuntutan keadilan. Paul akan dikenang oleh masyarakat Malaysia sebagai hakim yang tidak mahukan keadilan.

PEGUAM NEGARA BERSUSAH UNTUK MENDAPATKAN SDR ANWAR IBRAHIM BERSALAH

Entah apakah janji yang diberi oleh Dr Mahathir kepada peguam negara kerana sehingga kini masih kelihatan beliau sanggup berbuat apa sahaja dalam memanipulsikan undang undang. "Beyond reasonable doubt " tidak lansung wujud dalam kes Sdr Anwar Ibrahim. Banyak kenyataan saksi Peguam Pendakwa boleh diragukan. Peguam Negara mengambil kes ini seolah olah seperti satu cara membalas dendam keatas Anwar Ibrahim.

KOMENTAR

 

Perlu dingatkan kepada mereka bahawa kenyataan Musa Hassan dan anggota polis lain juga hear say. Bukan ada order bertulis Anwar Ibrahim. Kita sekarang confius apa yang hear say dan apa yang tidak relevant. Paul seharusnya sedar perbuatannya menghalang pencarian kebenaran. Kes ini asas adalah konspirasi dan mahu atau tidak konspirasi ini tidak boleh dipisahkan dengan tuduhan rasuah Anwar Ibrahim.