Make your own free website on Tripod.com

ZAINUR ZAKARIA NAIK PANGKAT DALAM keADILan

Komentar 22/2/2000

Satu kepastian boleh dibuat dalam kita melihat kegiatan-kegiatan Zainur Zakaria menerajui keADILan Wilayah Persekutuan. Yang pasti beliau mendefinisikan keadilan menurut kaca mata beliau sendiri. Yang pasti bagi beliau demokrasi adalah untuk menuruti perlembagaan parti dengan interpretasi sempitnya. Yang pasti beliau melaksanakan pemancungan tanpa kompromi dan segala butir dan fakta tidak diperolehi dan dikupas dengan sempurna. Beliau hanya mahu keputusan mengikuti apa yang dihajati tidak mengira samada keadilan benar-benar terlaksana. Fakta lain tidak relevan bagi beliau seandainya fakta itu tidak mengikuti kehendak beliau. Hukuman membunuh karier seorang pejuang dan seorang ahli politik yang telus kepimpinannya dilaksanakan mengikut interpretasi beliau sendiri. Cara beliau mengendalikan kes Kuala Lumpur amat menyedihkan. Pembunuhan dan pemancungan dijalankan sewenang-wenangnya. Ahkirnya kini hajat beliau tercapai,

Beliau dinaikkan pangkat dari seorang peguam kepada seorang hakim dalam Parti Keadilan Nasional. Yang pasti beliau banyak belajar dengan Justice Agustine Paul.

HUKUM BUNUH PADA BAHAGIAN INI, PANCUNG BAHAGIAN ITU KEPUTUSAN HAKIM MUKTAMAD

Selamat Panjang Umur Hakim Zainur Zakaria.