REFORMASI DISALAHKAN

 

President Mahkamah Rayuan menyalahkan golongan Reformasi diluar Mahkamah sebagai punca Sdr Anwar Ibrahim tidak dibenarkan ikat jamin. Mereka mengatakan bahawa tindakan para reformasi tersebut adalah diibaratkan sebagai memganggu ketenteraman awam. Mereka mengatakan bahawa sekiranya Sdr Anwar Ibrahim bebas maka kehadiran kemahkamah setiap pagi akan menganggu kerana ramai penyokong belaiu akan turut serta.

 

 

Tan Sri President,

 

Yang membimbangkan kerajaan pimpinan Dr Mahathir ialah kebenaran Sdr Anwar Ibrahim, dan dalam proses tersebut sistem kepolisan, sistem pentadbiran,sistem perundangan yang mula diragui oleh rakyat Malaysia. Merujuk kepada sistem perundangan, apakah kehilangan kepercayaan rakyat Malaysia kepada sistem perundangan kita tidak membimbangkan.Kenapa manipulasi perundangan oleh para pendokong konspirasi tidak kamu persoalkan. Kita tidak melihat keseluruhan senario kes ini. Kamu dan anggota perundangan kamu seolah olah mahu Sdr Anwar Ibrahim didapati bersalah dan tanggunggan bukti kesalahan tidak pula berpihak kepada Peguam Negara.

 

Tan Sri President,

 

Jangan tumpukan perhatian kepada laungan REFORMASI yang bergema,tumpukan perhatian kepada sistem keadilan dalam mahkamah sekarang ini.Ia nya jelas tidak lagi dipercayai oleh rakyat Malaysia.

 

Undang undang tidak hadir untuk mencari kesalahan sesaorang atas dasar penuduhan. Undang undang memperuntukkan bahawa penuduh perlu mempunyai bukti bukti kukuh dalam membuat penuduhan. Disyaratkan bahawa penuduh terpaksa membuktikan bahawa kesalahan sesaorang tersebut sehingga tidak tidak timbul sebarang keraguan dan sekiranya timbul keraguan maka ia cukup menjamin kemenangan kepada tertuduh.

 

Hakim sepatutnya memastikan bahawa keadilan jelas dan nampak bukan sahaja secara teknikal tetapi secara praktikal.

 

Kita lihat kes yang sekarang ini ada. Ia sedikit tidak menampakkan secara telus keadilan dilaksanakan. Apa yang kita lihat bukan keadilan tetapi sistem teknikal perundangan. Sistem teknikal perundangan ini mengenepikan keadilan secara menyeluruh dan cuma mengambil sesuatu isu untuk membuktikan kesalahan sesaorang. Ini dibuktikan dengan penindaan tuduhan pada akhir penutupan kes Sdr Anwar Ibrahim. Cuba lihat isu ini secara keseluruhan dan bukan mengecilkan skop untuk sama sama terlibat dalam usaha menjatuhkan dan memastikan Sdr Anwar Ibrahim bersalah.

 

Konspirasi cuba menuduh bahawa Sdr Anwar Ibrahim dengan membawa isu salah laku seks. Semua dibongkar dengan kononnya tilam itu mempunyai kesan DNA Anwar dengan Shamsidar , Azizan dengan tuduhan meliwat dan Musa dengan tilam nya. Kesan dari tuduhan tersebut nyata bahawa ianya satu fabrikasi. Kegagalan pendakwa kemudiannya mendorong mereka serta pihak konspirasi meminda kes dan dipersetujui oleh Hakim Paul. Sekarang mereka mahu kes itu dibicarakan atas Sdr Anwar menyalahgunakan kuasa dan kes seperti liwat dan hubungan sulit dengan Shamsidar hendak ditinggalkan begitu sahaja. Ini bukan mengejar keadilan. Ini satu pembohongan dan satu perkara yang mencemar usaha menjalankan menegakkan keadilan sebenar.

 

Apakah setelah selesai dan tahu akan terbongkarnya konspirasi maka pindaan ini dapat menyelamatkan mereka dari terbongkar terus pakatan mereka.

 

Keadilan tidak dilaksanakan disini.

 

Sebenarnya jelas kita lihat bahawa tujuaan mereka adalah untuk mengaibkan Sdr Anwar dan memastikan bahawa beliau dipejara.

 

Sdr,

 

Tugas kita adalah untuk menuntut keadilan biar laungan kita dikutuk,dicaci namun kita lebih mulia dari wakil rakyat yang hanya menentukan perut dan bawah perut mereka sahaja.

 

SATU RAYA YANG MALANG BUAT MALAYSIA