Make your own free website on Tripod.com

KEMBALILAH KEJALAN TUNTUTAN REFORMASI SDR ANWAR IBRAHIM

Komentar 11/1/2000

Salam Reformasi,

Kita telah melalui pilihanraya ke 10. Kita sudah melalui tuntutan bulan Ramahdan Yang mulia ini . Kita telah merayakan kemenangan dengan Berhari Raya. Sekarang tiba untuk kita memulakan dengan lebih serius perjuangan kita dalam menuntut keadilan. Jesteru itu Komentar dengan tegasnya menuntut agar warga Parti Keadilan Nasional kembali bersama memperjuangkan Reformasi semula. Komentar dalam melihat perkembangan Parti amat risau akan berlakunya pergolakkan kuat dalam Parti Keadilan Nasional khususnya bagi Bahagian yang bertanding semasa pilihanraya lepas. Pergolakkan ini dijangka akan bermula setelah Hari Raya. Pergolakkan kuat ini dijangka akan menyebabkan perpecahan dalam keadilan malah ada yang akan terus melupakan perjuangan reformasi tajaan Sdr Anwar Ibrahim. Beberapa negeri akan dijangka menghadapi perpecahan hebat. Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan, Melaka dan Perak akan melalui pergolakkan ini. Wilayah Persekutuan dijangka menerajui kehebatan pergolakkan kerana sehingga sekarang ini beberapa Bahagian telah mula ada 2 kem. Pergolakkan ini boleh dielakkan . Terpulanglah kepada kebijaksanaan Datin Wan Azizah dan Sdr Ezam untuk mencaturkan tindakan agar tiada perpecahan. Sekiranya tiada tindakan dari kedua-dua mereka maka sayang Parti Keadilan Nasional akan terus menuju kearah kehancuran walaupun reformasi tetap terbakar terus. Ingatlah pesanan Komentar ini, Datin Seri Wan Azizah dan Sdr Ezam tolehlah kebelangkan dan lingkaplah sejarah kenaikkan semangat reformasi yang wujud dan renungkanlah. Jangan kamu berdua menganiya mereka yang pada awalnya berhembas pulas dan mengadai kehidupan masing-masing demi menuntut reformasi Sdr Anwar Ibrahim. Jangan dilupakan dan jangan di sanjung berlebihan. Mereka telah diketepikan oleh politikus yang hanya mengunakan konsep bodek dan bertangga dirumah kepimpinan. Yang jelas kepimpinan kita juga ada yang mahu dibodek berterusan.

Bangkit Datin Presiden