Make your own free website on Tripod.com

KOMENTAR

18hb Disember 1999

Banyak posting yang telah kami terima baik dari alternatif-net mahupun adil-net mengenai perebutan kausa dalam Parti Keadilan Nasional. Apa yang boleh kita lihat dari keadaan semasa sekarang ini adalah keADILan perlu juga membuat perubahan kerana masalah yang dihadapi oleh keADILan BUKAN LAH masalah perebutan kuasa secara terbuka tetapi lebih kepada sikap berpolitik sesetengah pihak. Ada posting yang mengatakan bahawa masalah dalaman keADILan tidak perlu dibincangkan secara terbuka tetapi bagi Komentar sekiranya keADILan memerlukan pergolakan yang bersifat positif maka ini adalah masanya. Pergolakan kepada kebaikan harus ada sekarang ini sementara pilihanraya masih jauh lagi. Sebarang pergolakan pada masa yang berhampiran dengan pilihanraya akan menjana kepada kekalahan keADILan khususnya dan Barisan Alternatif secara total. Kita tidak boleh menyangkal bahawa keADILan sudah mula bergolak. Kita tidak boleh menyangkal bahawa beberapa kepimpinan keADILan bertanggung jawab atas beberapa kekalahan dalam pilihanraya yang baru lepas. Kita tidak boleh menyangkal kemungkinan kepimpinan keADILan juga mempunyai agenda tersendiri yang lebih mempolitikkan isu dari menjerumus dengan komitmen penuh untuk perjuangan menegakkan kerajaan baru. Apa yang pasti biar kita kupas isu tersebut sekarang dari ia menjadi nanah yang akan membunuh Parti Keadilan Nasional kelak.

Komentar yakin sekiranya Komentar menyatakan beberapa kenyataan perihal parti maka ia akan menajdi satu kejutan kepada pendokong keADILan.

Sebagai contoh:

TAHUKAH KITA BAHAWA PERGOLAKKAN DI KUALA LUMPUR AKAN, DAN SEMAKIN HAMPIR MEMECAHKAN keADILan WILAYAH PERSEKUTUAN?

TAHUKAH KITA BAHAWA keADILan NEGERI SEMBILAN JUGA BAKAL MENGHADAPI PERGOLAKKAN YANG SERUPA.

TAHUKAN KITA BAHAWA SELAIN DARI PERMAINAN KOTOR BN,STRATEGI keADILan DALAM PILIHANRAYA ADALAH PUNCA UTAMA KEKALAHAN keADILan.

Banyak lagi yang berlaku dan banyak lagi permainan politik tanpa moral berlaku dalam keADILan. Demi perjuangan tidak lah hasrat Komentar untuk menghancurkan keADILan tetapi biarlah kita kenal pasti masalah secara terbuka dan disamping itu cuba menyelesaikan masalah keADILan yang wujud dewasa ini.

BERSAMA KOMENTAR MENGUPAS TOPIK MENCARI KEADILAN DALAM keADILan.

Komentar akan memberi tumpuan tentang permasalahan ini dan penyelesian perlu dilakukan sekarang sebelum terlambat.

Sekian