RAKYAT MALAYSIA SEMAKIN GELISAH

 

Rakyat Malaysia khusus pendokong Reformasi semakin gelisah dalam melihat perkembangan politik negara kita ini. Kegelisahan ini bukan kerana kemenangan BN di Sabah tetapi kegelisahan ini adalah kerana keinginan kita pula melihat pilihanraya Semenanjung Malaysia. Kita sudah tidak sabar lagi untuk melihat agar mereka yang berlaku zalim kepada Sdr Anwar Ibrahim tewas di Pilihanraya ini. Kita tidak sabar melihat Dr Mahathir turun dari tahta dan segala kekejaman yang dilaksanakan oleh beliau di balas. Kita telah mual melihat Ibrahim Ali yang cuba menegakkan benag basah dengan mengeluarkan kenyataan yang tidak habis habis membela Dr Mahathir. Kita bosan dengan tindakan Abdullah Badawi yang turut terlibat menyokong para konspirasi politik yang jahat. Kita telah bosan dengan Megat Junid dan Mohamed Rahmat. Kita harus memulakan kempen menyeluruh. Kita harus bertindak lebih aggresif. Parti parti politik tidak sepatutnya hanya berharap kepada PAS tetapi sepatutnya memulakan agenda mereka secara menyeluruh. Kita kena pastikan bahawa REFORMASI BUKAN ALL MALAYS AFFAIR. PRM tidak lagi boleh duduk dan hanya memulakan kempen ditempat tempat tertentu sahaja. Kita harus memulakannya. PRM khususnya, mempunyai potensi yang tidak di gunakan secara menyeluruh. Saya cadangkan bahawa kita memulakan perangkaan strategi yang lebih berkesan. Kita harus memastikan bahawa setiap NGO mempunyai sistem yang lebih berkesan. ADIL seharusnya memulakan bentuk sistem pentadbiran yang lebih berkesan walaupun tidak menerima kelulusan sah penubuhan dari Pendaftar Syarikat. Ingat bahawa penyokong reformasi juga boleh berubah dan hilang semangat juang sekiranya kita membiarkan perjuangan mereka bersendirian. Percayalah perjuangan bersendirian lebih mudah pudar dari perjuangan yang dilakukan secara kolektif. Kita harus BERTINDAK SEGERA KERANA MASA TELAH TIBA UNTUK KITA MENUNTUT PEMBAHARUAN.