KETERANGAN RAHIM TIDAK MASUK AKAL

Rahim masih lagi mengatakan bahawa beliau tidak ingat samada terdapat tindakan lain selain dari menampar Sdr Anwar Ibrahim. Rahim Noor tidak mahu mengulas keterangan yang diberi oleh kakitangan beliau yang mengatakan Rahim memberi arahan untuk mengari dan menutup mata Sdr Anwar Ibrahim. Rahim juga kononnya secara ikhlas tidak mengetahui bahawa keadaan Sdr Anwar selepas beliau menderanya. Rahim juga menolak kenyataan bahawa kakitangan beliau ada membuat panggilan kepada beliau untuk mendapatkan kelulusan rawatan bagi Sdr Anwar Ibrahim.

Alasan lupa dan tidak ingat ini mengingatkan kita kepada kepada Azizan, yang sering tidak ingat fakta fakta penting kecuali tuduhan meliwat.

Apakah keterlaluan kita mengatakan bahawa RAHIM JANGAN DUSTA...seperti yang pernah dikatakan oleh beliau kepada Anwar Ibrahim melalui media tempatan? Masakan beliau tidak ingat tindakan beliau selain dari menampar? Beliau lupa karate chop yang dibuat oleh beliau? JANGAN DUSTA RAHIM NOOR!

Rahim juga hadir ke lokap sel 6 pada malam itu untuk bertemu dengan Anwar Ibrahim kerana menurut beliau Anwar adalah sahabat nya. Sesuatu yang langsung tidak masuk akal.

Rahim Noor sepatutnya dipenjara sekarang ini.

KEPADA JUSTICE PAUL,

Masakan ini tidak lagi menunjukkan bahawa pegawai pegawai polis terlibat dalam konspirasi polis ini. Apakah kita masih mahu berpegang kepada keterangan Musa Hassan yang tahu insiden tetapi tidak bertanggungjawab untuk melapurkan. Apakah ini tidak langsung memberi satu keraguaan keatas kes Sdr Anwar yang sedang dibicara.

KEPADA PEGUAM NEGARA,

Dalih macam mana pun kebenaran pasti akan keluar. Lambat laun konspirasi kamu dengan Dr Mahathir akan terkeluar juga. Maka waktu itu sedah terlambat. Waktu itu kamu dan anggota yang terlibat dalam konspirasi ini akan diadili dan kami mahu pengadilan kamu dilaksanakan oleh RAKYAT