MESYUARAT SELEPAS MESYUARAT

Komentar 28/1/2000

Selesai sahaja Mesyuarat MPT maka rancangan satu mesyuarat lain diadakan oleh Sdr Chandra Muzzaffar menurut lapuran yang Komentar terima sebenar tadi. Walaupun kesahihan berita ini tidak terjamin tetapi adalah sesuatu yang tidak telus dilaksanakan sekiranya topik mesyuarat tersebut berpusing kearah matlamat tersendiri dan tidak kepada arah perjuangan asal. Chandra telah memulakan langkah pendekarnya dalam memonopolikan setiap urusan pentadbiran parti. Menolak ketepi keputusan presiden, mengherdik beliau adalah sesuatu yang bukan sahaja biadap tetapi kurang ajar. Bukankan ini pernah Tuan Chandra lakukan sebelum pilihanraya dahulu. Sdr Chandra, tempat ini mengemukakan paltform bagi mereka yang benar-benar mahukan laungan REFORMASI tajaan Sdr Anwar Ibrahim. Islah atau perubahan ini dituntut oleh beliau demi rakyat demi agama dan demi malaysia. Kekuatan Sdr mungkin disekitar MPT yang takut Parti Keadilan Nasional tercalar kalau suara perpecahan parti sampai kepengetahuan luar. Musuh kita adalah kerajaan yang memerintah dengan zalim,tamak dan bercorak diktaktor.Sedang kita berperang kita lihat sikap-sifat seumpama ini berada dalam parti. Komentar tidak gentar dan tidak takut ugutan bebrapa mereka yang mengatakan bahawa sekiranya Parti ini berpecah maka Anwar akan terus terpenjara. Ugutan seperti ini sudah mula basi kerana perbuatan,perlakuan dan peradapan mereka yang ada akan menjadi penyebab utama Anwar terus dizalimi. Komentar kesal segala tindakan beberapa MPT menutup kepincangan semata-mata takut mereka istihar keluar parti dan menganggu gugat perjuangan. Sedarlah kalau mereka jelas songsang kita perlu lawan. Kita tidak takut ugutan tersebut kerana ugutan mereka adalah penyakit buat parti dan penyakit akan menular menyebabkan Sdr Anwar akan terus dizalimi dan disiksa.

Kita bersihkan keADILan dari politik murahan mereka.

SAHUT KEADILAN DIMANA JUA DAN PADA APA PUN YANG KITA LAKUKAN