CHANDRA KHIANAT ARAHAN SDR ANWAR

KOMENTAR 24/1/2000 (--k-----k@hotmail.com) IDENTITI DIJAGA

Komentar telah juga difahamkan bahawa pada Mesyuarat MPT yang diadakan pada 30/12/99 Chandra telah bersikap biadap dengan mengengkari perutusan Sdr Anwar Ibrahim yang meminta satu bentuk penyatuan antara Parti Rakyat Malaysia dengan Parti Keadilan Nasional. Komentar telah difahamkan bahawa penolakkan Chandra atas arahan ini merupakan satu perbuatan yang tidak boleh diterima oleh beberapa MPT tetapi malangnya mereka seolah-olah beku tanpa suara. Chandra Muzzaffar sebagai Timbalan Presiden Parti Keadilan Nasional telah mula lupa bahawa kelahiran REFORMASI ini adalah atas desakan Anwar Ibrahim dan sokongan yang beratus-ribu yang hadir membanjiri perhimpunan jalanan menyatakan sokongan terhadap Sdr Anwar dan bukan Chandra.

Chandra dilapurkan berkata " Anwar dalam penjara , apa dia tahu" adalah rangkaian kata-kata yang menjijikkan. Kenyataan seperti ini menunjukkan betapa kurang ajarnya beliau terhadap perjuangan ini dan betapa tidak hormatnya beliau terhadap Sdr Anwar Ibrahim yang telah diterima sebulat suara untuk menjadi Perdana Menteri sekiranya alternatif menang pada pilihanraya lepas. MPT lain sehingga ini takut untuk memberi sebarang komen menyebabkan adakalanya Komentar tertanya apakah motif sebenar mereka dalam keADILan. Mereka berani menentang kerajaan zalim tetapi tidak berani membetulkan hujah dan kenyataan biadap Chandra yang suatu masa dahulu dihormati sebagai pejuang keadilan.

Datin Presiden perlu segera mengambil langkah memperbetulkan keadaan dan jangan takut kehilangan pengaruh kerana pengaruh yang ada sekarang ini berpusat menyokong Anwar dan bukan Chandra.

KOMENTAR