SIAPA YANG AKAN DITUDUH MEREKA SEBAGAI MENDALANGI PERHIMPUNAN AWAM

 

Jabatan Polis memaklumkan bahawa pelajar-pelajar yang terlibat dalam demonstrasi awam telah memaklumkan kepada mereka siapa yang menjadi pencetus atau pengerak kepada perhimpunan reformasi pada 14,15,16 April 1999. Polis memaklumkan bahawa mereka telah mengenalpasti individu tersebut tetapi masih belum dapat membawa individu tersebut untuk soal siasat. Sunggup cekap Polis bertindak untuk hal-hal berhubung dengan Reformasi. Apa yang malang ialah apabila ia berhubung dengan pemukulan dan tindakan ganas polis dilaksanakan dan dilapurkan ia mengambil masa yang amat panjang untuk di siasat. Lihat sahaja lapuran Polis yang telah dibuat oleh Sdr Malik, Sdr Tian atas keganasan polis, sehingga kini masih tiada tangkapan yang dibuat walaupun Polis tahu siapa yang melakukkan keganasan polis. Polis jelas memilih kes mengikut kepentingan kerajaan dan mana-mana lapuran yang dibuat menentang kerajaan maka lapuran polis itu akan hanya menjadi lapuran tanpa tindakan. Setakat ini kita nantikan bila Datuk Gani Patail mahu disoal siasat berhubung dengan lapuran polis oleh Ketua Pemuda PKN. Ezam telah dipanggil tetapi sehingga kini Gani Patail masih belum disoal siasat.

 

INIKAH DIA SISTEM KEADILAN