Make your own free website on Tripod.com

APAKAH BENAR JAWATANKUASA PENYIASATAN YANG MAHU DITUBUHKAN DIBUBARKAN ?

Komentar 25/2/2000

Komentar pernah melapurkan bahawa Bapa Reformasi kita telah memberi arahan agar Sdr Yusuff Rahman ( Ketua Perhubungan Negeri Sarawak) dikekalkan. Ini telah mencacatkan program Chandra dan Anuar Tahir untuk memancung Sdr Reformis Yusuff Rahman. Komentar juga telah melapurkan bahawa untuk terus melaksanakan program mereka dan terus engkar kepada Bapa Reformasi kita mereka telah menubuhkan Jawatankuasa Penyiasatan bagi menyiasat kononnya kes-kes Sarawak,Pahang dan Terengganu. Yang bangsatnya Jawatankuasa ini didalangi oleh Anuar Tahir.Lapuran Komentar membantah perkara ini mungkin berhasil ?

DIMAKLUMKAN kepada Komentar bahawa Jawatankuasa ini kini telah dibubarkan. Pembubaran ini diharap memberi kesan positif kepada Sarawak. Sungguhpun kini pembubaran jawatankuasa ini telah dilaksanakan tetapi missi untuk terus menjatuhkan Sdr Reformis Yussuff Rahman tetap diteruskan. Anuar Tahir tetap mencuba untuk menjalankan cita-cita jahatnya.

Dalam satu lapuran lain yang diterima Anuar Tahir telah berhubung dengan kumpulan-kumpulan nya di Sarawak dan akan merancangkan satu usaha untuk menyebarkan kelemahan-kelemahan Sdr Reformis Yussuff Rahman dan menggunakan tektik kotor dalam usaha ini. Dimaklumkan kepada kami juga usaha untuk mempengaruhi Datin Presiden akan dilaksanakan dengan lebih aggresif lagi. Usaha ini sebenarnya adalah untuk membohongi Datin Presiden. Lapuran yang diemail ini juga menyentuh mainan Anuar Tahir untuk terus mempengaruhi MPT termasuk Ketua Pemuda keADILan Malaysia. Walauapapun Komentar percaya Ketua Pemuda keADILan tahu dan arif tentang perjuangan sebenarnya LALU TIDAK akan terpengaruh dengan Anuar Tahir. Kumpulan pendokong rancangan jahat Anuar Tahir ini dilapurkan telah bertindak juga mendapatkan sokongan dan dimaklumkan bahawa ada kalangan MPT telah gugur dibawah pengaruh Anuar Tahir.

Komentar juga ini berpesan kepada Sdr Reformis Yussuff Rahman agar tidak membiarkan mereka menolak sdr dengan berkompromi untuk diberi jawatan lain dalam keADILan. Sungguhpun berkompromi itu sesuatu yang baik tetapi perbuatan berkompromi ini di sulami sebelum ini dengan niat jahat. Anasir ini perlu disingkir dahulu sebelum kompromi dijalankan.

Komentar