BUAT SDR ANWAR IBRAHIM

 

Sdr,

 

Perjuangan ini menyaksikan keruntuhan.

Keruntuhan nilai kemanusiaan dan nilai kehidupan kerana nafsu memegang kuasa. Keruntuhan bangsa kerana melayu mereka berbeza dengan melayu rakyat jelata. Keruntuhan pedoman kerana perlaksanaan melebihi kezaliman lalu mereka hilang pertimbangan.

 

Sdr,

 

Pengorbanan ini untuk membangkitkan.

Sisa sisa kehidupan yang penuh keadilan dan keharmonian.

Pengorbanan ini adalah untuk menyahut pengorbanan Sdr dan menjadi terusan yang tidak akan putus selagi kezaliman berleluasa.

 

Sdr,

 

Sepi perjuangan ini kerana laungan dan kata kata semangat saudara dibatasi dengan perundangan yang mula biadap kepada keadilan.

Dibatasi kuasa yang mula lupa dari mana asalnya.

Dibatasi kebebasan angkara tamak haloba inti pada hati mereka.

 

Sdr,

 

Tetap kami utuskan.

Ungkaian kata Sdr demi menegakkan keadilan buat semua.

Pengorbanan Sdr akan menjadi bicara sejarah takkala Hang Tuah dan rakan mula dilupakan.

 

Sdr,

 

Berpaut pada semangat saudara,

berpegang kepada perjuangan saudara

Dan rebah kepada kehendak Illahi,

Kami teruskan perjuangan ini biar hidup seumpama duri,

Biar bumi seumpama biadap pada penghuni, kami lalui dan kami perjuangkan.

 

Sdr,

 

Moga izin NYA kita bertemu,

Dalam suasana burung merisik kalbu,

Angin berpuisi merdu dan bumi umpama penawar syahdu.

 

Sdr,

 

Moga kita lihat purnama muncul hilang diganti sinar penuh keazaman kerana bumi kita bersih dari noda.

 

Sdr,

 

Kita rindu pada hadirnya waktu itu