AWAS MAINAN CHANDRA DALAM PERBINCANGAN PENYATUAN PRM DENGAN keADILan.

Komentar 15/2/2000

Chandra, sungguhpun tiada dalam perbincangan antara PRM dan keADILan dalam usaha penyatuan kedua-dua parti tersebut tetapi beliau tetap memainkan peranan buruknya untuk menghalang cadangan Sdr Anwar Ibrahim. Kini Chandra memainkan peranan mempengaruhi MPT lain supaya tidak menerima cadangan tersebut. Chandra tidak bersikap terbuka dalam menilai keperluan penyatuan tersebut. Mereka Chandra dan Anuar Tahir hadir pada awal untuk menghalang dan bukan bersikap terbuka untuk berdiskusi tentang baik buruk penyatuan tersebut. Apapun keADILan mahu diboloti mereka dan mereka mahu berkuasa sepenuhnya. Kedudukan keADILan semakin tergugat. Politik menjadi agenda. Permainan mereka jelas dan rata-rata semua ahli diperingkat tertinggi dan pertengahan tahu akan perkara ini. Pemecahan dan kelompok-kelompok dalam MPT jelas. Sedih benar perkara ini. Mereka sekarang mula bermain politik murahan sama dengan politik buruk yang ada dalam UMNO. Yang jelas semua berkepentingan. Semua menjangka keADILan akan menang dalam pilihanraya akan datang lalu adalah menjadi kesempatan untuk mereka mendapat tempat sekarang demi agenda mereka.Hilanglah perjuangan ini dimamah ketamakkan dan agenda individu. Sayang antara yang turut terlibat dalam percaturan politik ini adalah mereka yang diharap menjadi pembela Sdr Anwar Ibrahim melalui gerakan reformasi. Komentar benar-benar berharap Datin Presiden sedar akan perkara ini dan membuat tindakan yang lebih aggresif lagi. Datin Presiden perlu dimaklumkan bahawa :

TIADA DATIN PRESIDEN TIADA keADILan

TIADA CHANDRA ATAU ANUAR TAHIR keADILan MAMPU TERUS BERJUANG

Komentar