Make your own free website on Tripod.com

KEPUTUSAN CHANDRA & ANUAR TAHIR KEPUTUSAN SEMUA

Komentar 15/2/2000

Terkadang hendak juga Komentar menyalurkan semua maklumat secara terbuka tanpa kiasan. Tetapi mahu tak mahu Komentar dinasihatkan agar jangan terus-menerus membongkarkan kerana apa yang kita harapkan agar kesedaran timbul sebelum seluruh kepincangan tertera dalam laman ini. Mahu tak mahu Komentar perlu berkias. Akan Chandra dan Anuar Tahir seelok-eloknya setiap keputusan jangan kamu tolak Datin Presiden ketepi. Keputusan yang melibatkan sebarang permohonan atau rayuan perlu dibincangkan secara terbuka dengan beliau. Jangan beliau pun dikejutkan dengan mendapat tahu perkara-perkara itu melalui media. Jangan pula sampai beliau sebenarnya tidak merestui tindakan tersebut. Chandra dan Anuar Tahir perlu sedar bahawa tingkah laku kamu senantiasa dalam perhatian kami. Banyak kepincangan yang kamu lakukkan baik terhadap perjuangan ini mahupun kepada Presiden sendiri. MPT lain bangkit dari ketakutan. Kita dididik oleh Sdr Anwar Ibrahim untuk menjadi lantang memperjuangkan keadilan dan menolak sebarang kezaliman. Kenapa ada antara kamu yang lupa pada wadah perjuangan ini? Kalau sering Komentar dengar kamu berucap mengatakan bahawa rakyat telah bijak menilai kebaikkan dan keburukkan maka tidak kah kamu tahu rakyat juga akan menilai kamu.Hentikan politik murahan dan sedarlah akan kesilapan yang telah kamu semua lakukkan. Periksa ketelusan Anuar Tahir yang nyata bersikap hipokrit. Jangan melindunginya. Lihat beberapa insiden yang beliau sendiri memainkan peranan dalam menjatuhkan bahagian dan perhubungan negeri. Komentar akan terus menerus membawa memperjuangkan kebenaran tetapi nampak gayanya perjuangan ramai reformis dalam parti sama seperti rakyat memperjuangkan keadilan dalam negara. Tidak banyak beza antara sistem mainan politik keji Anuar Tahir dengan kepimpinan UMNO. Kekejian perbuatan ini tidak melayakkan anda sebagai pejuang rakyat. Anuar Tahir masanya akan sampai bila anda sendiri akan terperangkap dalam mainan anda.

Komentar

Toleh belakang bila berjalan Anuar Tahir takut-takut bayang-bayang kamu sendiri benci pada kamu.