JANGAN PECAHKAN PERPADUAN BARISAN PEMBANGKANG

 

Komentar 8/4/99

 

Telah banyak desas desus kita dengar bahawa parti parti pembangkang lain tidak merestui kewujudan PKN. Banyak artikel yang menyebut bahawa pemecahan akan berlaku seperti mana yang berlaku semasa pilihanraya Sabah. Terdapat artikel yang mempamirkan beberapa tokoh PRM dan PAS akan memilih PKN sebagai landasan baru. Tidak kurang yang menyatakan bahawa ramai ahli PAS yang menceburi PAS setelah menerima laungan reformasi Anwar Ibrahim berpaling kepada PKN. Isu ini pasti akan menjadi bahan kepada lawan kita. Kalau dahulu parti lawan kita menyatakan bahawa Barisan Pembangkang tidak konkrit dari segi sokongan kerana gagal mengadakan parti yang merangkumi pelbagai lapisan masyarakat serta pelbagai kepercayaan ,agama dan budaya maka kini mereka pasti akan membuka isu baru bagi memecahkan penyatuan Barisan Pembangkang. Ini harus diberi pandangan serius oleh pemimpin parti pembangkang. Isu ini akan dimanipulasikan sehingga rakyat akan terpedaya bahawa Barisan Pembangkang sendiri tidak bersatu manakan boleh mereka memerintah? Kita harus bersedia kerana PKN masih baru dan tidak akan dapat publisiti meluas melalui akhbar dan media lain. Perkembangan PKN hanya melalui ceramah ,perjumpaan dan pengukur kerjayaan mempromosikan diri bergantung kepada kekuatan ahli sendiri.

Kita perlu sedarkan bahawa PAS , DAP , PRM serta PKN adalah gabungan barisan pembangkang yang akan menjadi kerajaan alternatif dari kerjaan yang sedia ada sekarang ini. Kekuatan gabungan pembangkang ini adalah melalui kerja sama kukuh antara mereka. Ini perlu bukan dsahaja diusahakan malah harus dipernampakkan supaya jelas kerjasama tersebut wujud.

Sebarang usaha memecahbelahkan perpaduan ini harus ditentang dengan cepat kerana kita tidak mahu ianya diperbesarkan sehingga rakyat dipedayakan oleh parti lawan.

Kita harus terus bersatu

 

Komentar