INI MERUPAKAN SALAH SATU LAGI BALASAN YANG KAMI TERIMA.KAMI MENERIMA BANYAK LAGI BALASAN SERUPA INI DAN KAMI YAKIN PAS DAN RAKAN GERAK BERSIKAP POSITIF DENGAN KEHADIRAN ADIL. SEMOGA KITA SEMUA BERJAYA DALAM MEMBENTERAS KETIDAKADILAN YANG SELAMA INI BERLAKU

Date: Mon, 14 Dec 1998 00:50:27 +0800
From: As Salaf email protected 
To: hh_98@hotmail.com
Subject: Jawapan Kepada E-Mail Berkenaan Dengan PAS dan Reformasi.
Reply Reply All Forward Delete Previous Next Close
Apa yang saya teliti tentang ADIL ini ialah kita mahu semua perkara
diletakkan pada tempatnya betul. Dalam Islam juga menjelaskan bahawa
adil bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya. Ertinya dalam hal ini
ADIL yang diterajui oleh Dr. Azizah adalah satu gerakan yang melampaui
batas politik, ekonomi dan sosial. Sesiapa sahaja boleh menyertai ADIL
ini.


Cuba kita renungkan bagaimana Almarhum Hasan Al Bana ketika beliau
mengasaskan gerakan Ikhwanul Muslimin di Mesir. Gerakan ini adalah
gerakan Islam yang mengajak umat Islam supaya kembali kepada ajaran
Islam yang sebenarnya. Imam Hasan Al Bana tidak kisah jika wujud banyak
pertubuhan dan organisasi yang sama-sama menegakkan kebenaran. Apa yang
penting ialah kebenaran Islam itu hendaklah dinyatakan dengan
sejelas-jelasnya. Jika ada perselisihan Hasan al Bana menyatakan "Kita
hendaklah bersama dalam perkara yang disepakati dan berlapang dada dalam

perkara diselisihkan".

++++++++++++++++++++++++++

Di sini saya ingin memberikan pembeulan fakta.  Imam Hassan Al Banna
MENENTANG banyak2 JEMAAH di dalam Perjuangan Islam (sila rujuk buku Fiqh
Daulah tulisan Sheikh Yusuf Qardhawi).
JAdi tidak betul mengatakan bahawa Imam HAssan Al Banna menyokong
perpecahan jemaah

+++++++++++++++++++++++++++++++++
Oleh sebab itu   adalah tidak  patut seseorang itu yang mendakwa dirinya

sebagai seorang Islam dan sebagai 'penyokong PAS', membuat penilaian
yang negatif terhadap saudara seIslamnya yang berlainan organisasi atau
pertubuhan. Saya memberi contoh jika hendak ke Kuala Lumpur. Kita
mempunyai pelbagai alternatif. Kita boleh naik bas, kereta, keretapi,
komuter, LRT, teksi, motosikal, helikopter dan lain-lain. Jika kita
mengecam antara satu sama lain sudah tentu kita tidak dapat menggunakan
kenderaan yang ada untuk ke Kuala Lumpur dan akhirnya kita tidak boleh
sampai ke Kuala Lumpur!

+++++++++++++++++++++++++++++++

 Kalau nak berikan contoh yang serupa, bolehkah kita da DUA drebar untuk
satu BAS?.  Adakah kita boleh sampai ke KL sekiranya BAS yang kita naik
itu ada dua drebar pada satu masa dan kedua2 nya ikut perasaaan dan rasa
hati mereka.

++++++++++++++++++++++++++++++++

Begitu juga dengan apa yang berlaku pada hari ini. Apa yang kita mahu
ialah kita mahukan keadilan, kebenaran dan Islam itu tertegak
sebagaimana yang sepatutnya. Bagaimana cara untuk  kita mencapainya ada
berbagai cara. Ada yang melalui partai politik, ada yang melalui gerakan

belia, ada yang melalui NGO dan lain-lain. Jika kita hanya sibuk
mengecam orang lain yang tidak bersama dalam organisasi kita untuk
mencapai matlamat yang dicita-citakan maka sudah barangpasti matlamat
itu tidak akan dapat dicapai kerana kita hanya sibuk berbantah dengan
orang lain yang tidak seorganisasi dengan kita. Akhirnya yang gembira
melihat keadaan ini ialah musuh kita dan kita menjadi orang yang merugi.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Tiada perbezaan antara ADIL dan PAS kerana masing saling sokong
menyokong.  Ertinya ADIL bergerak dalam wadah tersendiri dan PAS
bergerak dalam wadah lain.  Tiada perlumbaan dan perseteruan.
 Langkah bijak bagi Sdr. Anwar Ibrahim mendaftarkan ADIL sebagai NGO dan
bukannya parti politik kerana beliau telah maklum bahawa dengan
emnubuhkan parti sendiri ertinya beliau menempah maut.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Oleh sebab itu kita berlapang dadalah dengan orang lain yang mempunyai
cita-cita yang sama tetapi lain organisasi. Kita gunakan pendekatan yang

digariskan oleh Almarhum Al Syahid Imam Hasan Al Bana ini. Perjalanan
kita sebenarnya masih jauh. Kita tidak mempunyai banyak masa untuk
berbantah dan bertikam lidah dalam perkara-perkara titik bengik ini.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Sekali lagi nama Imam Hassan Al BAnna dislaahgunakan.  Sila buat
pembetulan

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Apa yang menjadi garis panduan untuk kita meneruskan perjuangan kita
ialah:-

1. Niat mesti betul
2. Tidak bertentangan dengan syarak

+++++++++++++++++++++++++++++++++

Adakah tidak bertentangan dengan syarak sekiranya kita BERPECAH BELAH
dan BERMUSUH2 AN dan tidak dapt bersatu dalam satu SAFF???.  Sahabat2
Nabi dahulu tidak pernah berada di BANYAK2 SAff dan berada dalam satu
saff biar apa yang berlaku.
++++++++++++++++++++++++++++++++++
3. Cara mesti betul
4. Matlamat mesti betul
5. Tidak menghalang perkara yang fardhu

Harus kita ingat kepelbagaian dalam memperjuangkan kebenaran ini adalah
disebabkan oleh banyak faktor. Antaranya faktor persekitaran, latar
belakang pendidikan, status dalam masyarakat, pergaulan dan lain-lain
lagi. Sudah pasti dalam kepelbagaian ini wujud perselisihan.

+++++++++++++++++++++++++++++++++

Walaupun APPROACH BERBEZA tetapi yang dipersoalkan ialah KETAATAN kepada
pimpinan yang satu.  janganlah kita berani2 mengeluarkan fatwa
terutamanya apabila kita hanya merujuk kepada satu sumber sahaja.

+++++++++++++++++++++++++++++

Berbalik kepada Gerakan Keadilan Sosial ini, ia adalah satu dimensi baru

dalam era kebangkitan Islam di Malaysia. Islam adalah agama keadilan dan

keadilan ini meliputi semua makhluk dan adalah diharapkan supaya ADIL
ini akan benar-benar berfungsi mengikut apa yang telah digariskan dan
para ahlinya sentiasa melakukan muhasabah, 'check and balance' serta
melakukkan 'corrective partisipation'.  Apabila ini berjaya dilakukan
dan ianya sentiasa dikekalkan, insya Allah keadilan yang dicita-citakan
itu akan tercapai jua akhirnya.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
PAS selama ini pun terlibat dalam CORRECTIVE PARTICIPATION dan tidak
perlu lagi TANZIM2 atau KEPIMPINAN2 lain dalam HARAKAH ISLAM semata2
untuk menegakkan Islam.  Yang diperluakan adlah SATU KEPIMPNAN dan SATU
KETUA supaya kesemua kita dapat bergerak seiring sejalan tanpa berlaku
perselisihan dan tanpa memberikan peluang kepada musuh Islam untuk
memecah belahkan perpaduan kita.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++===
Reply Reply All Forward Delete Previous Next Close