BAGI MENGHARGAI PENGORBANAN DATIN PRESIDEN DALAM PERJUANGAN MENUNTUT HAK RAKYAT DAN MENGEMBALIKAN SUARA RAKYAT KEPADA RAKYAT. DATIN WAN AZIZAH, SELAMAT HARI WANITA SRI KANDI NEGARA.
KOMENTAR
8HB MARCH 2000
PENGORBANAN WANITA, USAHA WANITA, KOMITMEN
WANITA DAN PERJUANGAN WANITA
tidak dapat dinafikan telah dan dapat merubah sesuatu bangsa malah mempunyai
impak keseluruh dunia. Malaysia telah melahirkan ramai wanita yang mempunyai
kredibiliti dan telah berkorban untuk pembangunan keluarga, bangsa dan negara.
Hari ini kita menyaksikan seorang wanita yang bangkit meneruskan perjuangan
suaminya yang menuntut agar negara kita ini bebas dari sebarang ketidakadilan
dan kezaliman. Datin Seri Wan Azizah memulakan langkahnya kini sebagai penerus
perjuangan suaminya demi menuntut keadilan , menentang kezaliman dan
mengembalikan hak dan suara kepada rakyat. Perjuangan yang penuh ranjau dan
duri ini melibatkan pengorbanan keluarga beliau demi untuk kesejahteraan negara
kita ini. Biar ada suara mengatakan bahawa langkah beliau adalah untuk
mendapatkan keadilan bagi suami beliau tetapi harus diingat pengorbanan suami
beliau melibatkan pengorbanan beliau sebagai ibu dalam suatu keluarga dan terus
menjadi ibu kepada perjuangan REFORM
ASI tuntutan Sdr Anwar Ibrahim. Kini langkah beliau rancak dan berani
menuntut pembaharuan dalam negara. Beliau digelar Sri Kandi atas perubahan
beliau dari seorang ibu kepada keluarga Anwar Ibrahim kepada seorang Presiden
Parti Keadilan Nasional yang memperjuangkan keadilan dalam negara kita ini.
Perjuangan ini pasti mengambilmasa yang panjang dan kecekalan Datin Presiden
jelas utuh dan bersemangat. Di dampingi oleh Puteri Reformasi mereka gagah
melangkahi setiap cabaran sehingga kehari ini. Langkah-lengkah mereka
inilah yang kini menyedarkan kita bahawa perubahan perlu demi menjamin negara
yang aman,harmoni dan adil.
KOMENTAR
dengan rasa hormat menyanjungi usaha dan pengorbanan semua pejuang REFORMASI
WANITA dan hari ini KOMENTAR
mengucapkan SELAMAT HARI WANITA KEPADA SRI KANDI NEGARA DAN PEJUANG REFORMIS
WANITA YANG LAIN.