Komentar 7/3/2000
Menjadi satu kesalahan
kepada kita pendokong reformasi sekiranya Bapa Reformasi kita dicerca dan
perjuangannya dipinggirkan khususnya dari kepimpinan Parti Keadilan Nasional.
Apa yang telah dimaklumkan oleh Komentar mengenai komen-komen Chandra adalah
benar dan sebarang penafian kononya untuk menjaga keharmonian parti adalah satu
kesalahan dan bertentangan dengan etika perjuangan kita selama ini. Perbuatan
menutup kebiadapan Chandra dan Anuar Tahir adalah serupa dengan penutupan
kezaliman Dr Mahathir oleh kepimpinan Barisan Nasional. Penutupan itu
seolah-olah kita menipu perjuangan yang didokong oleh rakyat. Apakah sanggup
kita menipu pejuang-pejuang keadilan yang menyambut seruan reformasi oleh Sdr Anwar
Ibrahim. Apakah kita tergamak mencemar perjuangan ini. Kepimpinan keADILan yang
lain seharusnya bertindak berani sekiranya sebarang percubaan dilakukan untuk
membawa perjuangan ini lari dari matlamat asal dan melakukkan kezaliman kepada
pengasas Reformasi Malaysia. Majlis Kepimpinan Tertinggi Parti Keadilan
Nasional sedar perkara buruk yang dilakukkan oleh Chandra dan Anuar Tahir
tetapi gagal untuk mengambil sebarang tindakan demi membersihkan parti dari
mereka yang kononnya pejuang tetapi beragenda tersendiri. Apakah MPT kita
lupa pengorbanan Bapa Reformasi kita dalam pejuangan menuntut keadilan. Apakah
dengan menutup keburukkan dalaman Parti Keadilan Nasional sebenarnya dapat
membantu dan menjana kejayaan kita dalam menolakkan kerajaan zalim yang sedang
memerintah. Memang benar membuka pekong didalam dada juga mempunyai
keburukkannya tetapi apa yang dilakukan adalah untuk mengelakkan pekong tersebut dari melarat dan terus
membunuh perjuangan ini. Ingat bau busuk perlakuan mereka akan terbongkar juga
suatu hari nanti. Ingat pengorbanan Sdr Anwar Ibrahim. Lihat dan kembalikan
semangat juang kita demi menuntut keadilan biar dalam parti mahupun luar parti.
Apakah pejuangan kita
cukup hebat sehingga segala pegangan kita ,kebebasan kita tergadai seperti
pengorbanan Sdr Anwar Ibrahim. Apakah tidak kita merasa malu untuk engkar
kepada beliau dan meletakkan perjuangan beliau sama dengan perjuangan kita.
Chandra dilapurkan berkata “ antara dia dan Anwar adalah sama tahap dan
beliau tidak perlu mengambil arahan atau cadangan Anwar” Chandra harus
cermin diri beliau sendiri. Tahap perjuangannya jauh berbeza, pengorbanan
beliau tidak sampai untuk meletakkan diri beliau sama dengan Anwar Ibrahim.
Kini Chandra menuduh Sdr Anwar menyeleweng. Chandra tanpa segan silu cuba mengaibkan
Anwar dalam program Bina Wadah anjuran Pemuda Keadilan Nasional. Pemuda
Keadilan Nasional sedar dan tahu perlakuan Chandra tetapi diam tanpa mahu
mengambil langkah-langkah bersesuaian untuk menyedarkan Chandra bahawa beliau
kini biadap pada perjuangan Anwar Ibrahim. Sedarlah Anwar terpenjara,
perjuangannya disambut oleh kita. Kita tentang kezaliman dan kita tegakkan
keadilan. Kalau kepimpinan keADILan lain gagal menolak Chandra menerajui Parti
Keadilan Nasional maka kita harus bertindak. Kita bangkit kerana kebenaran
dipihak kita.
Komentar ingin menyeru dengan mengakhiri artikel ini dengan sepotong ayat:
Berani kita kerana benar, takut kita kerana salah,
Berkecuali dan diam kita kerana kepentingan diri, maka
perjuangan kita terusan terketepi.