KHAS BUAT WEB MASTER ANJUNG REFORMASI

Kami terbaca artikel Anjung Reformasi baru baru ini. Setelah agak lama rakan Web Master ini menghilang diri kini kita ketahui punca dan masalah yang dihadapai oleh beliau. Kami terpanggil untuk menulis artikel ini bagi memaklumkan kepada rakan Web Master Anjung Reformasi bahawa kami simpati dan faham akan keadaan yang terpaksa dilalui beliau. Kesungguhan kerajaan dalam menghapuskan golongan pendokong reformasi jelas bukan sahaja terikat kepada golongan yang turun berdemonstrasi malah kepada kita selaku Web Master. Anjung Reformasi telah mencerahkan dunia perjuangan reformasi setara dengan laman laman popular lain. Sumbangan beliau tidak terkira dan kami percaya masa yang dikorbankan bagi sama sama menuntut pembaharuan amat banyak sekali. Kami pernah menuntup sementara laman Komentar kerana beberapa masalah termasuk kesampaian tekanan perekonomian keatas kami. Sewaktu itu Sri Kandi satu nama yang selalu tampil memberi sokongan muncul dengan kata kata hikmat yang menyebabkan kami terus berusaha untuk mengembalikan laman ini aktif walaupun laman ini tidak seaktif laman laman lain seperti RN , Maha Zalim dan Anjung Reformasi sendiri. Kami percaya penglibatan Anjung Reformasi dalam memperjuangkan tuntutan keadilan tidak akan dilupakan malah masih terus diperlukan. Walau apa pun langkah langkah keselamatan perlu diambil bagi tidak membantutkan usaha dari terus berjuang. Kami yakin Web Master Anjung Reformasi tidak akan meninggalkan perjuangan dan akan terus bersama sama dalam menikmati hasil usaha kita bersama suatu masa nanti. Kami juga percaya Web Master Anjung Reformasi akan tergolong dari mereka yang elit dalam mencurah jasa dan bakti kearah tuntutan Reformasi. Saudara Web Master Anjung Reformasi, kamu adalah antara insan yang akan terus berjuang biar cara mana sekali pun. Kami percaya dan kami yakin bahawa kejayaan kita kelak adalah kejayaan bersama yakni kejayaan bagi menentukan kemakmuran negara kita melebihi dari cita cita tersendiri. Sdr Anjung Reformasi, terlintas kami akan email yang telah dihantar oleh Sri Kandi kepada saya, antara lain katanya kita tidak semestinya putus asa dan dalam perjuangan itu banyak pengorbanan yang perlu dibuat.Kita perlu bersama sama dalam membangkitkan obor perjuangan itu. Kata kata ini juga membakar kembali hasrat kami untuk terus menikmati susah senang perjuangan ini bersama sama. Maka dengan rendah diri kami di Komentar menabik tangan tanda hormat kepada Sdr Web Master Anjung Reformasi. Kita teruskan perjuangan ini, kita lalui onak dan pahit manis perjuangan ini. Kalau kita terkorban dalam perjuangan ini maka obor perjaungan akan disambut dan diteruskan oleh rakan perjuang kita . Kita lalui dan kita tepis segala musuh dan diakhir perjuangan itu, terpancar kejayaan. Andai tidak kita berkesempatan merasai tetapi kita berjaya memberi cahaya kepada bumi Malaysia ini. Itulah yang kita harapkan. Sdr Anjung Reformasi , moga kita semua berjaya dan dalam peliharaan Allah senantiasa.

 

JIKA TAKUT MENANGGUNG RISIKO USAH BICARA TENTANG PERJUANGAN

Kata hikmah Sdr Anwar Ibrahim