KOMENTAR MENYERTAI PARTI KEADILAN NASIONAL

 

Hari ini semua rakan Komentar termasuk Reformasi Kecil Wangsa Maju menyertai Parti Keadilan Nasional. Kami telah pergi ke Petaling Jaya Seksyen 14 untuk mendaftar sebagai ahli demi memperjuangkan keadilan yang kian lama kian kusut dibumi Malaysia. Kakitangan yang sedia ada untuk membantu pendaftaran kami amat ramah dan berusaha untuk menjawab soalan soalan yang kami kemukakan. Syabas kepada petugas petugas Parti Keadilan Nasional. Disana kami telah diberi beberapa penjelasan berhubung dengan perkembangan Parti. Kami dimaklumkan bahawa setiap negeri telah dilantik wakil wakil bagi mengendalikan negeri negeri masing masing. Walau pun baru tetapi kami rasakan perkembangan positif parti jelas ada dan diharap ianya akan tumbuh subur meresap dan membanjiri seluruh pelusok negara Malaysia ini. Walau apa pun kami sempat melihat kesibokkan petugas tersebut kerana semua urusan pendaftaran hanya dilakukan melalui pejabat tersebut. Belum ada cawangan cawangan lain yang mengendalikan pendaftaran. Kami begitu berkeyakinan bahawa terdapat banyak antara mereka yang mendaftar berkemampuan dan sanggup memberi khidmat bakti kepada Parti Keadilan Nasional . Khidmat yang mereka tawarkan harus diberi perhatian kerana tawaran dibuat ikhlas dan penerimaan dan penolakkan tawaran harus di buat secara ikhlas juga. Kami sempat menulis dikertas nota kecil apakah sumbangan yang boleh kami berikan dan kami turut lihat beberapa ahli yang sedang berdaftar turut juga mengisi nota kecil tersebut. Walau apa pun kami cadangkan bahawa mereka yang ingin menyumbang tenaga ,wang ringgit dan lain lain sumbangan harus diberi peluang untuk sama sama bertindak aktif dalam memperkembangkan parti. Mereka selaku jawatan kuasa bertindak harus memulakan usaha membenarkan mereka yang mahu terlibat aktif ,diberi kesempatan untuk sama sama menjayakan parti tidak kira pangkat darjat dan kelulusan mereka. Jadikan Parti Keadilan Nasional satu parti rakyat dan jangan sekali menjauhkan diri dari masyarakat.

Jawatankuasa Parti mulai sekarang seharusnya telah mula menimbang dan mengaturkan langkah langkah bagi membenarkan mereka bertindak dengan lebih aktif demi membangunkan parti untuk mengecap errti keadilan yang sebenarnya.

 

JADIKAN PARTI KEADILAN NASIONAL HAK RAKYAT DAN JANGAN ASINGKAN MEREKA. Saranan ikhlas KOMENTAR