Make your own free website on Tripod.com

KENAPA LAUNGAN REFORMASI ANWAR DITERIMA RAKYAT

Komentar 9/3/2000

 

Laungan Reformasi tajaan Sdr Anwar Ibrahim terus diterima oleh rakyat. Laungan tersebut mengegarkan Malaysia dan rakyat bangkit memulakan seri penentangan terhadap UMNO dan Dr Mahathir. Seri penentangan ini bermula dengan ledakkan reformasi yang benar-benar mengejutkan pemerintah. Suara reformasi berkumandang dan jeritannya menakutkan UMNO dan Barisan Nasional. Ratusan isu dikeluarkan, antaranya adalah rasuah,kronisma dan nepostisma. Semuanya terbongkar sehinggakan jelas dan nyata korupsi adalah nadi mengikat sesama UMNO. Anwar terus-menerus mendapat sokongan. Pembongkaran beliau adalah pembongkaran nyata yang selama ini terselindung. Walaubagaimana pun suara beliau kini tersisih. Dipagari tembok batu suara itu semakin terbenam. Jesteru itu hanya tinggal rakyat dan kepimpinan pembangkang lain untuk muncul bagi menyemarakkan agenda reformasi. Maka kepada kepimpinan inilah yang diharapkan dapat melaksanakan tuntutan reformasi hasil tajaan Sdr Anwar Ibrahim.

DAPATKAN KITA TERUSKAN WADAH PERJUANGAN ITU?

Satu persoalan dan hanya perlu satu baris jawapan. Ya, perjuangan itu dapat diteruskan sekiranya ia beragendakan agenda rakyat dan bukan beragendakan politik. Sokongan Sdr Anwar Ibrahim diterima rakyat kerana agenda yang dibawanya adalah agenda rakyat. Agenda yang bercita-cita untuk mengembalikkan hak rakyat kepada rakyat dan suara rakyat sebagai suara keramat. Agenda yang mementingkan keselesaan buat rakyat dan pembentukkan masyarakat madani yang penuh keharmonian. Agenda rakyat buat rakyat menolak segala bentuk ketidakadilan dan kezaliman dan kes Sdr Anwar Ibrahim adalah bukti ketidakadilan dan kezaliman yang berleluasa berlaku dalam negara kita ini.Selagi agenda rakyat ini diteruskan dan diusahakan maka selagi itulah laungan reformasi akan berkumandang. Sekiranya arah tuju kepimpinan kita cenderung kepada politik semasa dan dalaman maka laungan itu hanya tinggal raungan kerana ketidakadilan dan kezaliman akan berterusan.

 

KOMENTAR