Make your own free website on Tripod.com

JANGAN MEMALUKAN keADILan

KOMENTAR 27/1/2000

Komentar menerima satu email hari ini yang menggesa agar Laman ini diberhentikan kerana ia memalukan keADILan. Laman ini dikatakan membuka pekong didada dan semestinya hal rumah tangga diselesaikan secara dalaman. Email tersebut turut meletakkan bahawa Komentar mempunyai agenda tersendiri dan berkemungkinan adalah laman yang didokong oleh UMNO.

Jawapan Komentar.

Komentar tidak sedikit pun berkecil hati dan mudah melenting sekiranya andaian itu dibuat. Komentar bukan seperti mereka yang cepat melenting sehingga hilang pertimbangan. Komentar berjuang untuk keadilan yang sesungguhnya. Baik dalam parti mahupun negara.Apakah menegur dan mengkritik itu tidak disokong oleh Parti Keadilan Nasional? Adalah lebih memalukan sekiranya kita mendokong budaya fitnah,menjatuhkan maruah dan bertindak zalim kepada para reformis dan pejuang tulin.Adakah lebih memalukan sekiranya kita melaung-laungkan keadilan sedangkan ada antara kepimpinan kita tidak tahu membezakan politik dengan peradapan keji. Politik tidak sekotor mana tetapi sekiranya menjatuhkan maruah,fitnah-memfitnah dan tohmahan untuk populati dan jawatan dikatakan budaya politik maka pemimpin tersebut harus disingkirkan dari turut keselindung dalam Parti Keadilan Nasional untuk keadilan yang ditafsirkan mengikut agenda mereka. Komentar ingin memperbaiki keadaan Parti sekarang sebelum kita menuju kepada kehancuran yang membawa kekalahan di pilihanraya akan datang. Kita bina semula dan kita usahakan keadilan tercipta dalam Parti Keadilan Nasional. Sekiranya dituduh Komentar membuka pekong didada maka menyorok pekong tanpa mengubatinya adalah tindakan sempit. Bau busuk beberapa tindakan kepimpinan kita akan merebak jua dan seelok-eloknya jangan berasa malu untuk mengubati sakit kita. Walauapapun KOMENTAR mendokong perjuangan Sdr Anwar Ibrahim dan hadirnya KOMENTAR ATAS LAUNGAN REFORMASI SDR ANWAR IBRAHIM DAN BEREDARNYA KOMENTAR HANYA APABILA BAPA REFORMASI KITA MEMAHUKANNYA.