Make your own free website on Tripod.com

APA PERLU KITA LAKSANAKAN LAGI

Komentar 1/1/2000

Alaf baru,resolusi baru tetapi malang bagi Malaysia kerajaan kita masih kerajaan lama dengan nilai pentadbiran yang sama serta perlakuan yang serupa. Alaf baru masih lagi menyaksikan Sdr Anwar Ibrahim dikurung kerana cuba menegakkan keadilan,kerana cuba menghapuskan korupsi,kronisma dan nepotisma. Para reformasi terus menerus cuba menentang kezaliman yang diperlakukan keatas mereka dan kepimpinan mereka. ISA masih lagi bernafas dan Rahim Noor nampak gayanya sempat lagi berhari raya sambil menikmati kebebasan biarpun dunia tahu beliau pernah melakukkan jenayah dan tidak terhukum lagi. Sungguhpun beberapa perubahan berlaku contohnya kerajaan negeri Terengganu telah berjaya diambil alih oleh PAS tetapi erti kemenangan tersebut tidak sempurna selagi kerajaan pusat yang memerintah tidak tumbang. Kemenangan Terengganu memang besar ertinya tetapi tidak menyeluruh untuk meletakkan kekalahan bagi Barisan Nasional. Yang pasti Barisan Alternatif tewas biarpun dari segi penipuan pengundian. Kita harus bangkit kembali. Pilihanraya ke 10 masih menunjukkan bahawa penerimaan terhadap Barisan Nasional masih ada. Masih ada mereka yang masih tidak faham erti perjuangan yang kita dokong ini. Masih ada antara mereka yang takut kepada perubahaan kerana setakat ini mereka ada apa yang perlu untuk hidup. Mereka lupa pada hak-hak mereka yanng sepatutnya mereka perolehi tetapi telah dicedok dan dikaut oleh kerajaan memerintah. Kita harus terus-menerus berikhtiar memberi kefahaman kepada mereka yang hanya melihat pada apa yang mereka perolehi tanpa menyedari hakikat bahawa di Malaysia masih ada mereka yang hidup dalam keadaan daif dan tidak sempurna. Siapakah yang akan jadi pembela mereka. Siapakah yang dapat menyuarakan rintihan mereka dan kepada siapakah yang dapat mereka mengadu.

Keadaan di Malaysia masih serupa. Biar sekarang PAS telah berjaya menduduki 2 negeri tetapi hakikat kerajaan BN sedang memerintah tidak boleh diperkecilkan. Usaha mereka masih diteruskan dalam memburuk-berukkan Barisan Alternatif. Usaha mereka masih berterusan untuk menghancurkan Barisan Alternatif demi untuk merampas semula negeri-negeri yang terlepas dari cengkaman mereka. Apakah usaha mereka membohongi rakyat harus dibiarkan berterusan. Apakah kita cukup sekarang meraih "mood rakyat" untuk bertahan sehingga kepilihanraya akan datang. Kita perlu sedar belakang parang kalau diasah lagikan tajam,lantas kalau setiap hari pembohongan demi pembohongan disuapkan kepada rakyat mengenai Barisan Alternatif maka suatu masa nanti mereka akan terpengaruh juga.Kita kena mulakan dari sekarang, kita perlu tunjukkan bahawa Barisan Alternatif bukan hanya bergabung untuk pilihanraya sahaja malah harus meneruskan usaha demi mencapai matlamat "keadilan untuk semua". Parti Keadilan Nasional harus memulakan langkah sekarang ini. Kita harus terus menerus mengejar dan memburu keadilan buat negara kita ini. Kita perlu dari sekarang menyusun strategi baru dan mula bergerak kearah kejayaan. Strategi lama dan usang hasil pembawakan/budaya lama harus dikikis dan diperbaharui dengan tekad dan semangat reformasi. Itulah yang akan menjana kejayaan. Mengharap pada "mood rakyat" sahaja lebih membawa kita ke arah kekalahan pada pilihanray akan datang. Kita seharusnya memulakan tindakan lebih berwibawa dengan kematangan kita melalui pilihanraya ke 10 baru-baru ini.Langkah-langkah awal mengenali kesilapan sewaktu persiapan menemui pilihanraya ke 10 harus dibuat. Kesilapan-kesilapan perlu diperbaiki dan diatasi mula dari sekarang. Parti Keadilan Nasional khasnya juga perlu mengenalpasti mereka yang benar-benar berkebolehan dalam mengendalikkan persoalan politik. Kumpulan pemikir ini seharusnya diperamaikan dan tidak dikecilkan. Contohnya lapisan kepimpinan yang seharusnya wujud dalam memikirkan strategi-strategi harus dipelbagaikan. Kita tidak boleh membuat kesilapan seperti dahulu dalam pemilihan calon untuk bertanding. Kita lihat kuasa dalam memilih calon bagi Parti Keadilan Nasional dipusatkan kepada Datin Wan Azizah, Chandra Muzzaffar, Marina Yussof dan Tien Chua. Sungguhpun penamaan dihantar melalui Ketua Perhubungan Negeri tetapi sebaik-baiknya lapuran yang diberi oleh Ketua Perhubungan Negeri itu harus dinilai kredibilitinya. Banyak kelemahan yang berlaku kerana penilaian Ketua Perhubungan Negeri yang sempit dan bermotif peribadi. Kebanyakkan keputusan yang dilaksanakan bukan KEPUTUSAN POLITIK MALAH IANYA ADALAH KEPUTUSAN MANIPULASI KEPIMPINAN. Jesteru itu kekuatan calon menurun akibat kesalahan memilih kawasan bertanding dan penolakkan jentera pilihanraya tersebut keatas calon. Kita harus menilai semua fakta baik dari segi penerimaan setempat keatas calon serta pengorbanan dan usaha yang telah dibuat oleh calon tersebut. Kita tidak boleh meletakkan calon semata-mata beliau berjawatan dalam kepimpinan tertinggi parti sahaja. Kelemahan-kelemahan yang banyak dilihat wujud diperingkat Perhubungan sehingga keperingkat kepimpinan tertinggi. Pihak atasan Parti Keadilan Nasional seharusnya juga merombak kepimpinan tertinggi dan menyesuaikan keadaan yang ada sekarang kepada tanggungjawab kepimpinan tersebut. Perlu kita lihat kelemahan proses-proses asas dalam penubuhan parti. Kita harus melihat semula semua kelemahan yang ada dan harus bermula dari peringkat awalan seperti proses pendaftaran ahli. Setakat ini proses pendaftaran ahli turut berkeceramok dan masa yang ada sekarang ini harus dilaksanakan bagi memperbaiki sistem-sistem dalam keADILan. Ramai yang mahu membantu tetapi tindakan kepimpinan meletakkan kebanyakkan proses minor sebagai "priority" terahkir adalah salah. Seharusnya kepimpinan mula kembali melihat setiap sistem pentadbiran parti dan melihat "areas" yang perlu dilaksanakan pembetulan atau corrective measure.

Nasihat Komentar sebelum menutup artikel melangkah kealaf baru disematkan serangkaian kata-kata buat renungan KEPIMPINAN TERTINGGI PARTI,

Hadirkan KEADILAN dalam keADILan