Pergerakan Keadilan Sosial

Satu pemerhatian dan penilaian

 

Tahniah dan syabas diucapkan atas penubuhan satu platform yang telah lama diharapkan oleh pendokong reformasi. Platform yang diharapkan dapat mengabungkan setiap sistem baik politik,ekonomi dan sosial dalam satu agenda. Platform yang dibuka bertujuan mengabungkan rakyat dan tidak tertakluk pada fahaman politik tetapi lebih kepada inspirasi dan cita cita bersama dalam memperjuangkan keadilan sejagat. Pergerakan Keadilan Sosial bercita cita memperjuangkan hak hak asasi kemanusiaan dari sudut dan pandangan rakyat dan berteraskan kehendak dan harapan yang datang dari rakyat ke rakyat. Ini dapat dilihat dari inspirasi dan cita cita penubuhan pergerakan tersebut.

 

Konsep "border less society" menjemput ahli mereka bersatu biar apa pun kefahaman politik, budaya, dan keagamaan, bersatu dengan cita cita menegakkan keadilan dan menghapuskan ketidakseimbangan baik dalam politik, ekonomik dan sosial kemasyarakatan. Melihat dari asas pengabungan dan ketua pergerakan ini secara umum pergerakan ini bertindak sebagai platform asas dalam menyuarakan bangkangan terhadap ketidakadilan dalam kerajaan dan menyuarakan ketidak puasasan rakyat pada sistem yang ada sekarang ini. Tujuan pengabungan ini adalah untuk menolak benteng benteng yang menghalang rakyat menyuarakan pendapat dan menolak perlaksanaan sistem ala komunisma yang sekarang ini wujud. Sistem yang lebih pada menyatakan apa yang baik untuk kita dan apa yang tidak tanpa pemerhatian,penilaian dan pengkajian kehendak rakyat secara menyeluruh. Sistem yang tidak telus biar dari peringkat kecil hingga lah kepada kepimpinan kerajaan. Pergerakan ini juga diharap dapat menyelamatkan negara dari kepimpinan yang percaya bahawa ketakutan rakyat adalah kuasa bagi mereka menjalankan kepincangan.

 

Keadilan sosial yang sekarang ini mirip kepada penentuan, penetapan dan perlaksanaan yang dianggap adil oleh pemerintah. Bukan keadilan sejagat, cuma keadilan menurut kaca mata pemerintah yang terlalu buta untuk meneliti antara kepentingan rakyat dan kepentingan individu. Telah banyak isu perihal ketidakadilan yang telah dilaungkan baik dari segi politik, sosial dan ekonomi tetapi laungan agar pembaharuan tidak disambut dengan positif malah dianggap sebagai penentangan oleh pemimpin yang dilantik oleh rakyat dan kuasa diberi oleh rakyat. Setiap laungan dibalas dengan tentangan dan senjata mereka adalah untuk menakutkan rakyat dengan ketegasan dan halangan dibuat dengan kekerasan. Mereka yang menuntut keadilanan dari kaca mata rakyat dianggap sebagai musuh dan musuh ini dihapuskan dengan penyalahan penggunaan undang undang ISA.

 

Pergerakan Keadilan Sosial yang ditubuhkan adalah untuk memulakan satu bentuk pembaharuan mengembalikan kuasa asas kepada demokrasi yang sebenar benarnya, yang meletakkan kuasa asas kepada rakyat dan untuk rakyat. Keadilan Sosial adalah bagi menarik balik cengkaman, lebihan kuasa yang wujud dari kuasa yang diberi oleh rakyat. Konsep menggandakan kuasa dari pemegangan kuasa yang diberi harus dihapuskan. Menyalahgunakan kuasa bagi kepentingan golongan tertentu patut dihapuskan.

 

Walaupun asas prinsip dan penubuhan Pergerakan Keadilan Sosial telah diperjelaskan oleh memorandum penubuhan namum pertubuhan ini mempunyai cita cita melebih dari cita cita politik. Pertubuhan ini membuka konsep baru yang mengabungkan inspirasi rakyat dalam segala aspek dan tidak tertakluk kepada aspek politik sahaja. Pada dasarnya kehadiran pertubuhan ini dapat merapatkan lagi rakyat kepada satu kefahaman yang global dan tidak terikat kepada isu isu tertentu. Kebenaran dan kematangan pertubuhan ini dapat dilihat dari segi memorandum penubuhannya yang tidak menyekat penglibatan pertubuhan ini secara khusus. Ini adalah memandangkan isu isu politik, sosial dan ekonomi adalah isu yang saling berganding rapat dan tidak boleh terpisah dalam sesabuah masyarakat. Keadilan menyeluruh diperlukan dan keadilan ini tidak akan dicapai sekiranya reformasi dilaksanakan cuma pada satu aspek sahaja. Reformasi ini harus menyeluruh dan melibatkan semua aspek kemasyarakatan.

 

Kami percaya bahawa cita cita dan harapan pergerakan ini adalah secara menyeluruh dan perubahan secara menyeluruh inilah yang diperlukan. Reformasi yang dituntut oleh Sdr Anwar Ibrahim merupakan asas cita cita dan matlamat pergerakan ini.

 

Secara ringkas kehadiran dan penyatuan semua lapisan masyarakat perlu bagi membentuk pembaharuan dan menuntut satu bentuk keadilan secara menyeluruh. Kami percaya dan yakin walaupun halangan dan rintangan akan timbul tetapi kesan penubuhan Pergerakan Keadilan Sosial akan terasa sebaik sahaja ianya didaftarkan sebagai satu pertubuhan yang sah.

 

SOKONG DAN MENDAFTARLAH SEBAGAI AHLI PERGERAKAN KEADILAN SOSIAL

 

Komentar