SALAM BUAT REFORMASI,

Telah lama artikel kami tidak kami paparkan dalam internet. Bukan bermakna sokongan padu kami kepada Reformasi telah mula berkurangan. Sebetulnya komputer yang sesatu ini telah mengalami kerosakkan serius dan baru hari ini pihak kami berjaya memperbaikinya.

PARTI REFORMASI

Walau apa pun kelihatan pergolakkan Reformasi mencapai ke tahap baru. Satu persoalan timbul yakni pembentukkan parti baru iaitu Gerakan Reformasi. Ini tersiar dalam TV3 akan pembentukkan satu parti bagi menyahut seruan Dr Mahathir semasa ceramah beliau di Sabah.

Pelbagai reaksi diterima. Ada yang mengatakan ianya gimmik kerajaan, ada yang meragui Sdr Malek dalam pembentukkan itu, ada pula yang mengatakan tidak perlu kerana platfom kita adalah PAS dan tidak kurang pula yang mengatakan Reformasi adalah pembaharuan dalam UMNO dan seharusnya UMNO kekal tetapi pemerintah nya dibubarkan.

Apa pun yang paling terkejut dalam cadangan pembentukkan parti itu ialah PAS. Ini mungkin dilihat sebagai satu perkembangan negatif kepada cita cita dan usaha mereka dalam memenangi pilihanraya secara menyeluruh. Nyata kesan pengumuman pembentukkan satu parti baru tersebut tidak menyeluruh dan tidak diterima secara positif dan mungkin kerana "promoter" yang mengumumkan penubuhan tersebut bukan Dr Wan Azizah. Apa pun beliau telah dan pernah ditahan dalam perjuangan ini. Apa pun beliau telah berkorban. Kenapa ini tidak dinilai dan diberi sedikit penghormatan sebagai mereka yang turut berani memperjuangkan reformasi tajaan Sdr Anwar Ibrahim berbanding dengan  kita yang berani menulis dan menyorok dibelakang internet serta menghadiri demonstrasi dan lari apabila dikejar polis.

Keputusan dan tohmahan telah diletakkan keatas beliau. Kekadang terasa hilang penghormatan kami kepada sessi forum GERAK NET dan beberapa WEB MASTER yang selama ini menentang kezaliman dan ingin menegakkan keadilan tetapi tergolong kepada golongan yang menghukum dan memalukan individu secara "public". Komen komen peribadi dikeluarkan keatas Sdr Malek dan tuduhan tuduhan dilemparkan keatas beliau tanpa usul periksa.  Kami akur kami juga mengeluarkan kenyataan kenyataan keras kepada pemimpin kerajaan sekarang ini yang secara membuta tuli akur kepada kezaliman dan melaksanakan ketidakadilan dalam sistem pentadbiran tetapi kami tidak meyelar mereka tanpa usul periksa. Kita tidak menolak Sdr Malek secara melulu kerana beliau tidak menjalankan apa pun kezaliman atau ketidakadilan. Kalau jelas beliau dirasuk oleh Dr Mahathir dan kuncu kuncu kroninya maka beliau harus ditolak.

Bagi kami bukanlah kami menerima kenyataan dari Sdr Malek secara melulu tetapi "approach" kami lebih kepada sokongan padu kepada penaja reformasi yakni Sdr Anwar Ibrahim dan penyambung perjuangan beliau iaitu Dr Wan Azizah. Kami akan menghantar deklarasi sokongan kami dan sekiranya Dr Wan Azizah mengorat langkah membuka parti baru bagi memperjuangkan keadilan dan menentang kezaliman maka itu lah parti yang kami dokong. Sekiranya Sdr Malek bertindak sebagai "promoter" kepada parti itu yang kewujudan nya direstui oleh Sdr Anwar Ibrahim dan Dr Wan Azizah maka itulah aliran perjuangan kami.

BUAT PAS YANG SAYA HORMATI

Tidak ada niat bagi kami untuk memperkecil kecilkan atau melaga lagakan kita sebagai warga melayu serta rakan rakan kita berbangsa lain dan berbudaya berbeza. Kami amat menyetujui langkah PAS untuk membela mereka yang dizalimi dan menegakkan keadilan dalam negara kita ini. Kami tidak menyalahkan PAS sebagai satu parti politik untuk mengambil kesempatan dalam memulakan kempen promosi mereka untuk mendapatkan sebanyak mana sokongan dan keahlian baru untuk memulakan cabaran mereka dalam pilihanraya nanti. Walau bagaimanapun usul reformasi (biarpun siapa mereka) untuk menubuhkan parti atau untuk memperjuangkan kebangkitan UMNO yang adil dan saksama dengan menyingkirkan pemimpin sedia ada harus dihormati juga. Dalam keghairahan para UMNO menyalin kulit kepada parti PAS terdapat juga antara bangsa kita yang tidak sealiran dengan falsafah perjuangan PAS. Terdapat juga bangsa bangsa lain dalam negara kita ini yang mempunyai arah tuju berbeza dan tidak dapat tidak kita harus terima mereka tidak akan menyertai PAS berdasarkan konsep keagamaan. Sebagai contoh kalau wujud Parti Kristian SeMalaysia maka mereka membuka keahlian mereka kepada masyarakat Islam sebagai ahli bersekutu saya percaya Ustad Fadhil Noor, Mohamed Sabu dan exco exco PAS akan menolak dari menyertai nya bukan kerana PAS telah wujud tetapi kerana konsep dan prinsip keagamaan yang berlainan. Maaf kalau kami salah anggap tetapi matlamat utama membuka keahlian baik sekutu atau tidak adalah dalam usaha merapatkan lagi cita cita politik dan peluang membentuk kerajaan. Kami percaya ianya bukan seperti yang diperkatakan oleh Sdr Hishamuddin selaku pemangku setiausaha PAS bercita cita untuk menunjukkan bahawa PAS bukan parti perkauman. Tidak payah lah kita melibatkan isu perkauman ini kerana kalau benar PAS yakin bahawa masyarakat dan rakyat dewasa ini tidak mudah ditipu dan disogokkan dengan idea idea karut maka berpeganglah kepada kepercayaan tersebut dan tidak payah mempolitikkan mereka.

Adalah lebih baik kita berterus terang dan tidak menjalankan perancanaan politik yang lemah dan kurang berwibawa dalam menagih sokongan. Kami percaya adalah lebih berkesan sekira penyatuan dibuat antara parti parti lain dengan PAS bagi membentuk satu kekuatan seperti Barisan Nasional dari cuba memonopolikan pilihanraya ini untuk kejayaan sendiri.

Sebagaimana salah seorang ahli veteran PAS memberitahu kami bahawa kita perlu bersatu dan tidak berjalan berlainan arah dalam usaha membenteras kezaliman, menegakkan keadilan dan menyingkirkan konspirasi yang ditaja oleh Dr Mahathir. Ini kami sokong dan kami harapkan ianya akan terus berkembang.

Kami percaya pada kekuatan PAS dalam pilihanraya akan datang memandangkan jelas sekali ketidakadilan dilaksanakan oleh UMNO bawah kepimpinan Dr Mahathir dan penyelongkaran oleh Sdr Anwar Ibrahim atas kezaliman mereka. Jangan lagi usaha bersungguh sungguh tersebut memberi kesan yang lebih negatif dari positif kerana penilitian yang tidak sempurna kerana keghairahan mengaburi mata.

Kami percaya dengan strategi dan sistem yang berkesan PAS mampu membawa negara ketahap baru tetapi usaha ini harus melibatkan mereka yang bukan beragama Islam dan penerangan agama Islam yang lebih bercorak memujuk dari bercorak menakutkan. Maaf kerana kenyataan ini mungkin disalah tafsirkan tetapi ianya memang benar berlaku dalam masyarakat kita sekarang ini. Kita mahukan penyatuan asas antara kaum serta penjamiman hidup harmoni antara kita semua. Mereka mempunyai budaya mereka dan kita mempunyai lunas agama kita. Bukan bermakna kita menghalang budaya mereka dan mempamerkan sifat penentangan antara Islam dengan budaya mereka secara aggresif. Kita seharusnya bertindak lebih kepada menerima mereka,memahami mereka dan akhirnya memujuk mereka. Kalaupun PAS mahu bertindak aggresif keatas budaya mereka kekuatan kita secara keseluruhan terbatas dan ini berkemungkinan mengerohkan keadaan.

SAUDARA REFORMASI

Kekadang kita terkeliru dengan kata kata mereka. Adanya kita terkeliru tentang platform perjuangan kita. Apa pun kita pasti bahawa bapa perjuangan kita Sdr Anwar Ibrahim akan membawa kita erti perjuangan yang sebenar. Kita mengharap buat masa ini penerus perjuangan nya Dr Wan Azizah dapat memberi kita haluan untuk memulakan pertembungan kita dengan kezaliman mereka di pilihanraya akan datang. Kami menaruh harapan.

Moga PERJUANGAN REFORMASI INI DIRAHMATI

KOMENTAR