Rafidah Aziz "dikenali sebagai "Iron Lady" oleh Bernama? Wanita yang menjadi "sore loser" bila kalah Wanita Umno? Wanita yang sedang mencuba untuk dan menebus kekalahan nya dengan Siti Zaharah? Ini dia Iron Lady tu? Wanita yang terus mempunyai cita cita politik tanpa memperdulikan proses keadilan dan apa yang sedang berlaku dalam UMNO.

Ini dia pemimpin yang pernah dikritik oleh Tun Daim Zainuddin dan ramai pemimpin lain atas pemberian saham kepada kaum kerabatnya. Wanita yang begini tentu sekali mengutuk dan berpihak kepada konpirasi DR M tersebut kerana cita cita hipokrit beliau sendiri.

Kenapa marah sangat dengan mereka yang hendak melawat Datin Dr Wan Azizah? Kalau Datuk Seri Rafidah Aziz mahu lawat sesiapa di USA pergilah. Tidak siapa menghalang. Yang hairan kenapa takut mereka melawat Dr Wan Azizah. Takut konspirasi terselongkar? Datin jawab dahulu persoalan yang dikemukan oleh rakan reformasi sebelum celupar bercerita.

SEDANGKAN RAKYAT SENDIRI HILANG KEYAKINAN DENGAN PROSES KEADILAN MALAYSIA INI KAN MEREKA DI DUNIA LUAR

Apa tidak sedarkah Datuk Seri dan ahli ahli lain bahawa DRM adalah punca perpecahan dalam UMNO. Sekarang Anwar telah dipenjara dan terdapat penentangan rakyat terhadap beliau apakah patut Dr M mengundurkan diri demi parti yang kamu semua sayangi? Mahathir telah dikritik dan Mahathir telah ditentang oleh rakyat , kenapa Datuk Seri Rafidah tidak lantang menyuruh beliau bercuti seketika dan selesaikan masalah ini. Lepas proses penyelesaian baru dimasukkan semula dalam UMNO sekiranya tidak ada konspirasi.(MUSTAHIL)

MAHATHIR SEPATUTNYA TURUT DIGANTUNG KEAHLIAN NYA DEMI KEUTUHAN PARTI UMNO DAN BARISAN NASIONAL. TAMBAHAN PULA ADA TINDAKAN UNDANG UNDANG TERHADAP BELIAU. KALAU BENAR AHLI UMNO SAYANGKAN UMNO SERTA ADIL, MAHATHIR SEPATUTNYA SECARA TERHORMAT KELUAR DAHULU ATAU DIGANTUNG KEAHLIANNYA TERLEBIH DAHULU SEHINGGA TERBUKTI RAKYAT BOLEH MENERIMANYA MAKA DIMASUKKAN SEMULA.

Kenapa bila Anwar disuruh berundur dahulu demi kestabilan parti? Sekarang suruh Mahathir undur dulu untuk mengelakkan perpecahan UMNO lebih mudarat lagi.

Datin Seri Rafidah sendiri diragui dalam menjalankan tugasannya dengan memberi peruntukkan saham kepada kroni dan kerabat nya DAN TIDAK DILUPAKAN keraguan dalam pergurusan kewangan pertubuhan wanita UMNO.

Dah la tu Datin Seri Rafidah you are no better then them.

BUKAN SAHAJA PERLU BERSIH TETAPI MESTI NAMPAK BERSIH apa jadi slogan ini?