REFORMASI PAS

Terlebih dahulu sebelum kami meneruskan artikel kami ,ingin kami tegaskan bahawa Reformasi Laungan Sdr Anwar Ibrahim merupakan teras perjuangan kami. Pihak kami memohon ribuan ampun dan maaf sekira artikel kami adakala nya mempersoalkan beberapa percanggahan dan kekurangan dalam Reformasi, Gerak dan PAS sendiri. Walaubagaimana pun pihak Komentar merasakan perlu bagi pihak kami membahaskan beberapa kenyataan PAS yang agak mengejutkan dan seolah olah bagai satu Reformasi dalam parti PAS sendiri.

Kami terpanggil dengan kenyataan Presiden Pas dalam cadangan mereka untuk membuka keahlian mereka baik sebagai ahli bersekutu atau pun tidak.

Komemtar juga terpanggil untuk membahaskan kenyataan Dato Hishammudin Hj Yahya perihal kemasukkan bangsa asing menunjukkan bahawa PAS bukan Parti Perkauman, PAS lebih bersikap terbuka, dan dengan kelulusan membuka keahlian ini maka PAS akan lebih berjaya dalam menangani konflik perkauman.

Dato Hishammudin turut memaklumkan Barisan Nasional adalah parti perkauman dengan adanya UMNO, MCA, MIC dan komponen komponen lain.

Dato Hishamuddin turut mengatakan bahawa krisis perkauman ini wujud dan sehingga kini masyarakat berbilang kaum dinegara ini berpura pura sahaja.

Secara ikhlas pihak kami ingin membantah kenyataan sedemikian. Tuduhan mengatakan pergesiran kaum dan setakat ini mereka berpura pura akan memberi kesan negetif bagi Masyarakat berbilang kaum. Kenyataan begini tidak harus dibuat dan ini tidak melambangkan maturity Datuk Hishammudin dalam usahanya untuk mencari justifikasi tertentu bagi cadangan PAS membuka keahlian mereka kepada masyarakat bukan Islam

Pihak kami merasa terkejut dengan kenyataan tersebut yang disiarkan dalam Harakah. Kenyataan begini seolah olah menunjukkan PAS dalam mencari justifikasi untuk membuat keputusan samada mahu membuka keahlian mereka kepada masyarakat bukan Islam membakar isu perkauman. INI TIDAK WAJAR dan pihak Komentar tidak mahu perkara ini berulang kembali.

Cita cita murni PAS untuk meneraju negara amat kami sanjungi tetapi dalam usaha mendapatkan sokongan tidak wajar PAS mempermainkan isu isu perkauman.

Pihak kami yakin bahawa kenyataan Datok Hishamuddin tersebut tidak diperlukan "and not called for".

Fikir lah usaha usaha kita adalah untuk REFORMASI danmenuntut keadilan dari kezaliman keatas Sdr Anwar yang diheret kelembah yang hina,dicerca dan difitnah.

SUNGGUHNYA...KOMENTAR TETAP PERJUANG REFORMASI ANWAR IBRAHIM