ADENGAN PERJUANGAN INI

 

Adengan ini bukan permainan opera mahupun drama,

Luka ini bukan memalsukan darah yang dicipta,

Ini bukan sipnosis cerita yang bakal lapuk dimamah usia,

Adengan ini SEJARAH LUKA BUAT MALAYSIA,

 

Adengan ini telah menitiskan airmata darah perjuang bangsa,

Demi membongkar nanah perilaku ketuhanan manusia,

Dengan darah perjuang ini

Maka terbuka mata tersedar minda ,

Bahawa bangsa tergadai, kerana mimpi mereka,

 

Adegan ini disaksikan semua,

Cengkaman tajam mengugut kita,

Menghalang suara ,menghalang rasa.

Diinjak tajam senjata ciptaan mereka,

Dipaksa didera,diugut jiwa,

Agar menyerahkan maruah bangsa,

Untuk diperdagangkan , dijual dan di hina,

Demi cinta mereka pada harta benda,

 

Adengan ini memaksa,

Melayangkan keris mempertahankan bangsa,

Dengan pancak silat kita turut berirama,

Menuntut hak membebaskan negara,

 

Andai satu gugur dihadapan,

Keris perjuangan bukti pengorbanan ,

Maka terus dilaksanakan,

Panggilan pertiwi, menuntut kemerdekaan,

 

Bangsaku ,

Tidak sekali perpatah hati,

Tidak derhaka pada diri,

Akan terus berbakti,

Menyahut seruan Reformasi ini,

 

 

 

 

 

 

 

hh_98@hotmail.com