MAHATHIR TERDESAK DAN MENYEBAR FITNAH

 

Mahathir mula cuba mencari isu lain bagi menentang pembangkitan rakyat terhadap beliau dan UMNO. Sekarang beliau mendakwa terdapat bekas pemimpin UMNO yang berjawatan tinggi yang telah memberi kekayaan kepada kroni beliau sebanyak dan sehingga mempunyai 230 juta. Kenapa baru sekarang? Kenapa tidak diambil tindakan undang-undang dari dahulu. Semua ini isu, semua ini isu terdesak Mahathir. Isu yang dikeluarkan bagi membenteras tuduhan keatas harta kroni beliau dan menteri-menteri kabinet lain. Kami percaya Mahathir gagal sebelum ini untuk membuat tuduhan rasuah melibatkan wang keatas Datuk Seri Anwar Ibrahim .Sekiranya ada perkara yang berbau rasuah yang dilakukan oleh Sdr Anwar harus dari dahulu lagi Mahathir dan kuncu konspirasinya bertindak. Sehingga ini Mahathir hanya dapat mengubal cerita rasuah yang melibatkan penyalahan guna kuasa keatas perkara yang tidak berlaku. HAIRAN, kes yang dibawa dan dimanipulasikan oleh mereka hanya lah penyalahan guna kuasa keatas kes liwat yang TIDAK DAPAT DIBUKTIKAN.

 

DAH LE TU MAHATHIR, hentikanlah penipuan kamu.