
klik gambar
untuk foto lain
Lahir
pada 6 Zulhijjah 1366 bersamaan 20 Oktober 1947 di kampung Rusila, Marang, Terengganu.
Anak ke 5 dari 9 orang adik beradik. Ayahnya adalah seorang guru agama dan imam di Masjid
Rusila, Marang.
Mempunyai
dua orang isteri iaitu Puan Hajjah Zainab bt. Awang, 47 tahun dan Dr. Norzita Taat, 37
tahun. Anak 13 orang. Dengan isteri pertama beliau mempunyai 11 orang anak manakala dengan
isteri kedua, beliau mempunyai 2 orang anak. Anak sulong beliau berumur 22 tahun dan kini
belajar di Universiti Iman, Yaman. Mula belajar di Sekolah Kebangsaan Rusila, Marang
kemudian Sekolah Agama Marang dan seterusnya mengambil senawi di Sekolah Agama Sultan
Zainal Abidin, Kuala Terengganu. Disamping itu belajar agama, Bahasa Arab serta politik
dari ayah sendiri iaitu Tuan Guru Haji Awang Muhamad. Melanjutkan pelajaran ke Universiti
Islam Madinah dengan biasiswa dari Kerajaan Arab Saudi dari tahun 1969 - 1973. Tamat
dengan B. A (Syariah). Melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar ke peringkat M.A
(Siasah Syariyyah) dan berjaya menamatkannya dalam masa 2 tahun sahaja (1974 - 1975)
POLITIK
Mula
aktif sejak tahun 1964 iaitu semasa belajar lagi sebagai Setiausaha Ranting (sekarang
cawangan) PAS kampung Rusila, Marang. 1976, setelah tamat belajar dan pulang ke tanah air
dilantik menjadi Ketua Pemuda PAS Terengganu serta EXCO Dewan Pemuda PAS Pusat. Pada tahun
1977 dipilih menjadi Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan kemudiannya disahkan ke jawatan
tersebut pada tahun 1980. Pada tahun 1989 di pilih menjadi Timbalan Presiden PAS setelah
Dato' Fadzil Mohd Noor dipilih menjadi Presiden PAS. |
PILIHANRAYA
Mula
menyertai pilihan raya sebaik sahaja pulang ke tanah air pada tahun 1978 di DUN Marang dan
kalah di tangan Tengku Zahid Musa dengan majoriti 68 undi. Pada tahun 1982 diamanahkan
sekali lagi menjadi calon PAS di DUN Marang dan Parlimen Dungun. Menang di DUN Marang
tetapi kalah di Parlimen Dungun di tangan Haji Awang Jabar. Pada tahun 1986, bertanding
DUN Rhu Rendang dan menang tetapi kalah di Parlimen Marang di tangan Abdul Rahman Bakar.
Pada tahun 1990 menang di DUN Rhu Rendang dan Parlimen Marang. Begitu juga tahun 1995,
menang di DUN Rhu Rendang dan Parlimen Marang.
ANTARABANGSA
Mula terlibat di peringkat antarabangsa di Madinah apabila menjadi Ketua Pelajar Malaysia
Universiti Islam Madinah di samping menjadi Setiausaha Agung Gabungan Pelajar-pelajar Asia
Tenggara di Madinah. Semasa di Asia Barat, beliau aktif bersama Gerakan Ikhwanul Muslimin
bersama Dr. Said Hawa, Profesor Muhamad Al Wakeel serta Dr. Abdul Satar Al Khudsi. Di
Mesir pula, beliau menjadi Setiausaha Seksyen Syariah dan Undang-undang Persatuan Melayu
Republik Aram Mesir. Sebagai pemimpin kanan PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang banyak
terlibat di peringkat antarabangsa samada gerakan Islam atau gerakan rakyat.
Antaranya :-
1.
Ahli
Penyelaras Sekretariat Parti-parti Islam Sedunia yang
berpusat di Istanbul Turki.
2. Ahli
Sekretariat Perjuangan Rakyat mempertahankan Baitul
Maqdis yang berpusat di Amman, Jordan.
3. Ahli
Majma' Taqrir di kalangan mazhab-mazhab Islam yang
berpusat di Tehran, Iran.
4. Ahli
deligasi ahli Parlimen parti-parti Islam yang dipimpin
oleh Dr.Necmetin Erbakan, bekas Perdana Menteri Turki
menemui Setiausaha Agung PBB, Butros Butros Ghali
serta
menemui Ahli Senat Amerika Syarikat.
5. Menyertai
deligasi ahli-ahli Parlimen Parti Islam melawat
Eropah yang diketuai oleh Dr. Erbakan.
6. Menyertai
deligasi pemipin parti Islam seluruh dunia
menemui raja-raja serta presiden negara-negara Asia Barat
sebelum Perang Teluk.
7. Mengiringi
Presiden PAS, Dato' Fadzil Mohd Noor bersama
deligasi pemimpin German Islam seluruh dunia untuk
mendamaikan kumpulan-kumpulan mujahidin Afghanistan. |