speech.jpg (1924 bytes)

 

 

 

 

 

 

personal3.jpg (2743 bytes)

Ustaz Hj Abu Bakar Chik dilahirkan di Kg Mesjid Tepoh, Kuala Terengganu pada 18hb Ogos, 1950. Mendapat pendidikan peringkat rendah di Sekolah Kebangsaan Bukit Cempaka, Kuala Terengganu. Kemudian menyambung pengajian ke peringkat menengah di Sekolah Arab Ladang sehinga peringkat Ibtida'i. Selepas itu menyambung pula di Sekolah Menengah Ugama Atas Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu sehingga ke Peringkat Sanawi.

Apabila lulus peringkat Sanawi ia melanjutkan pelajaran ke Kolej Islam Kelang sehingga peringkat Sijil Tinggi Pelajaran ( STPM ) dan melanjutkan  pendidikan di peringkat tinggi di Universiti Kebangsaan Malaysia(1973-76). Beliau memperolehi Ijazah Sarjana Muda (Hons)didalam bidang Pengajian Islam(Syariah) dengan Diploma Pendidikan. 

Mempunyai seorang isteri, Ustazah Zaiton bt Salleh seorang ahli akademik berkelulusan Maktab Perguruan Islam (MPI) Mengetuai gerakan Dewan Muslimat PAS Kawasan Setiu dan aktif didalam usaha-usaha penubuhan sekolah-sekolah rendah Islam.

Hasil kerukunan kehidupan keluarga, dikurniakan cahayamata seramai 8 orang. 5 lelaki  dan 3 perempuan.   Dua anak lelakinya sedang menuntut  diperingkat Universiti. Satu mengambil jurusan undang-undang di UIA Kuala Lumpur dan seorang mengambil bidang Syariah di Universiti Sains dan Teknologi di Yaman. Manakala  2 orang anak perempuannya juga sedang menuntut du Universiti. Seorang menuntut dijurusan perakauan di UIA Kuala Lumpur dan seorang   dibidang syariah di Universiti Yarmouk, Jordan

 

 

 

 

 

 

 

personal2.jpg (2516 bytes)