Malaysian Islamic Study Group (MISG) Official Website                                                                  Site Map | Contact
Malaysian Islamic Study Group (MISG)
Malaysian Islamic Study Group (MISG)
     http://www.misg.org/
   Home
   Announcement
   Background
   Committee
   Activities
   Reference
   Database/
   Membership
   Links
   Sign Guestbook
   View Guestbook
  Search
  
Case-sensitive? Yes
Exact Fuzzy



Lujnah Tarbiah
Catalogue
Lujnah Tarbiah is in their process to provide catalogue for everyone to peruse the books and materials MISG has to assist you in learning Islam. Come again here to know more!





Ahlan Wasahlan Wa Marhaban Bikum
Assalamu'alaykum, dear brothers and sisters.


Tinta Presiden

SPRING BREAK
Nun jauh di penjuru sebuah bangunan, dalam sebuah
bilik yang sunyi sepi di sebalik puluhan pelajar yang
sibuk menjawab kertas midterm, kelihatan seorang hamba
Allah berjalan dalam keadaan tenang ke arah TA di
hadapan bilik untuk menyerahkan kertas peperiksaannya.

Sebaik sahaja kertas tersebut berpindah tangan, maka
berkatalah hatinya, "Fuhh, akhirnya tiba juga spring
break." Pada masa yang sama, dirasakan olehnya bahawa
alam ini seolah-olah terbentang luas dengan pelbagai
perkara yang menantinya untuk diterokai. Cukup banyak
aktiviti yang terlintas di benak fikirannya. Semakin
lama difikirkan tentang aktiviti yang ingin dilakukan,
semakin dirasakan spring break yang ada tidak
mencukupi.

"Mesti ada something wrong dalam perancanganku ini.
Mana tidaknya, cuti belum lagi bermula tapi aku dah
rasakan ia tak mencukupi," keluhnya lagi.

"Apa sebenarnya matlamat 'spring break'ku ini? Apa
yang aku mahukan sebenarnya?". Satu demi satu
persoalan yang hinggap di fikirannya bak peluru
machine gun yang tak henti-henti menuju ke arah musuh.

"Argh, dah pukul 6 petang dah. Maghrib pun belum
sembahyang lagi. Apa nak jadi dengan aku ni,asyik
mengelamun sahaja," ujarnya kepada diri sendiri sambil
meluru pantas ke arah Islamic Center yang menjadi
tempat persinggahan utamanya setiap hari.

20 minit dah berlalu. Tanggungjawabnya kepada Yang
Maha Kuasa telah ditunaikan. Ruang solat masjid pada
masa itu kosong tanpa penghuni. Heater masjid yang
kurang menjadi menyebabkannya menyarungkan kembali
winter jacket berwarna hitam yang dibelinya 2 tahun
dahulu.

"Tak perlu susah untuk aku merancang percutianku.
Inginku habiskannya dengan menziarahi rakan-rakanku di
universiti lain, menguatkan ukhuwwah yang ada,
menjernihkan kekeruhan persahabatan yang
berbulan-bulan tidak bertemu. Semoga Allah memberkati
usahaku ini.

2 hari kemudian, dia bukan lagi berada di tempat yang
selalu dihabiskannya sehari-hari sepanjang waktu
persekolahan. Dia kini berada di sebuah universiti
yang cukup asing baginya, semata-mata ingin menemui
rakan-rakannya yang tercinta.

Sesungguhnya nikmat persaudaraan Islam ini mengatasi
segala-galanya. Tidak diduga olehnya dapat menemui
bukan sahaja kawan-kawan baiknya, bahkan dapat
menjalin hubungan mesra dengan mereka yang tidak
pernah ditemuinya. Perbualan mesra tersebut bermula
hanya dengan lafaz yang universal, "Assalamu'alaykum."

Berlainan warna, bangsa dan negara bukan suatu
masalah. Alhamdulilah, aku mula menghargai keunggulan
persaudaraan ini.

------------------------------------
"Ya Allah. Manfaatkanlah masa kami semasa Spring Break
ini dengan mendekatkan diri kepada-Mu dan eratkanlah
hubungan silaturrahim sesama kami. Kepada-Mu kami
berserah, dan kepada-Mu kami kembali. Amin."

Home | Announcement | Background | Committee | Activities | Reference | Guestbook | Links
Copyright MISG © 2001. All rights reserved.

Questions, suggestions or comments? Please contact our Webmaster.