Mustapa Mansor Bin Amer Mohd Isa,

No. 1, Jln. Pelangi 10, Tmn. Pelangi,

51100 Sentul,

Kuala Lumpur.

 

30 hb May, 2000

 

Ketua Pengarang,

Utusan Malaysia,

46M, Jln. Lima Off Jln. Sow Lin,

55200 Kuala Lumpur.

 

Sdr,

AMARAN KERAS KEPADA KETUA PENGARANG UTUSAN MALAYSIA.

 

Saya seperti nama di atas adalah bekas Timbalan Ketua Perhubungan Keadilan Wilayah Persekutuan  dan bekas Ketua Keadilan Bhg. Batu memberi amaran keras secara bertulis agar sdr. mengambil tindakan segera dalam tempoh empat belas hari dari tarikh surat ini  untuk mengambil langkah-langkah berikut:

1.      Memohon maaf dan menarik semua kenyataan palsu yang saudara sebarkan melalui akhbar Utusan Malaysia muka surat 4 di bawah tajuk utama “Ezam didesak letak jawatan”.Saya menafikan kenyataan tersebut kerana saya tidak pernah membuat kenyataan yang boleh ditafsirkan untuk menjatuhkan imej mana-mana pihak.Saya amat tersinggung dengan tafsiran saudara dan sangat memalukan saya kerana pembaca boleh membuat tanggapan kenyataan tersebut adalah kenyataan tulin dari saya.

2.      Untuk lebih adil kepada saudara dan diri saya, saudara sewajarnya menyiarkan seluruh kenyataan saya tanpa membuat sebarang tafsiran yang lebih berbentuk fitnah.

 

Jika saudara tidak mengambil sebarang langkah di atas dalam tempoh  14 hari seperti yang dinyatakan di atas saya tidak teragak-agak akan mengambil tindakan undang-undang.

Saya bersama penyokong-penyokong reformasi juga akan membuat bantahan secara demonstrasi aman di depan pejabat tuan.

 

Sekian terima kasih.

 

Yang benar,

 

Mustapa Mansor.