SANGGANG YANG MALANG

Komentar 1/4/2000

 

Sewaktu artikel ini ditulis Komentar baru sahaja mendapat keputusan tidak resmi kekalahan PAS di Sanggang. Kekalahan yang diikuti dengan peningkatan jumlah majority memberi isyarat penting kepada kedua`dua belah parti yang bertanding. Apa yang boleh disimpulkan adalah peningkatan majoriti kemenangan ini seirama dengan kemasukkan jumlah pengundi baru di Sanggang. Isyarat yang dimaksudkan tadi adalah kebangkitan rakyat masih ada , kehadiran ramai rakyat yang menyokong Barisan Alternatif dan pengabungan DAP,PAS, PRM dan keADILan menunjukkan satu gabungan yang lebih utuh akan timbul pada pilihanraya Umum 2004. Biarpun apa dibelakang kemenangan UMNO apa yang pasti kemenangan ini akan tercabar juga suatu masa nanti sekiranya usaha dan peningkatan daya Barisan Alternatif diteruskan. Jangan kita kisahkan apa yang tersirat dan tersurat disebalik tabir kemenangan UMNO. Pendekatan yang boleh diambil ialah sekiranya mereka menipu dalam pilihanraya kita ini apa yang jelas ialah kita gagal mengesan dan kita gagal menghalang. Sistem kita perlu dilihat, usaha kita perlu ditingkat dan cara kita perlu perubahan. Kita masih punyai banyak kekurangan dan kekurangan ini tidak akan dapat diatasi dengan hanya program~program ceramah. Kita perlu halakan focus kita kepada sesuatu yang lebih kreatif dalam mengembangkan misi kita. Fokus kita perlu jelas, pegangan kita perlu padu dan kekuatan kita perlu disatukan. Ambil contoh isu isyarat lucah MB Pahang. Ia tidak langsung menjejaskan pilihanraya tersebut. Kenapa ? Penipuan UMNO ke ? Jangan itu sahaja dijadikan alasan kerana ia tidak akan menjana kemenangan sampai bila~bila kerana alasan sedemikian. Apakah system kita yang silap ? Mungkin, mungkin kita perlu perubahan. Kehadiran tokoh~tokoh kepimpinan Alternatif , ceramah umum dan sokongan rakyat dengan laungan~laungan semangat masih tidak menjana kemenangan. Apakah dengan kebangkitan rakyat seperti di Sanggang kita masih mampu tewas. Apa yang pasti kebangkitan rakyat masih tidak dimaterilisasikan kepada undi kemenangan. Apa salah kita? Tanya la…fikirkan la…..insyallah Komentar akan membuka sidang untuk itu kelak.

 

Komentar